Khamis, 29 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Senjata makan tuan

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

Senjata makan tuan KAJANG – Malang tidak berbau ke atas nasib seorang konstabel yang nyaris maut setelah terkena tembakan daripada senjata apinya sendiri dalam kejadian di bilik senjata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini, kelmarin.

Begitu ngeri apabila sebutir peluru didapati menembusi kepala Syaiful Nizam Zamaluddin, 24, dari kanan ke kiri kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.50 malam, ketika anggota berkenaan hendak menyerahkan pistol jenis revolver .38, selepas selesai melakukan rondaan berjalan kaki di kawasan sekitar.

"Selepas selesai bertugas, mangsa bersama lapan anggota lain pulang ke IPD dan pergi ke bilik senjata untuk membuat serahan. Ketika mengeluarkan peluru daripada pistol, secara tiba-tiba mangsa terlepas satu tembakan yang menembusi bahagian kanan ke kiri kepala.

"Mangsa terus rebah dan dikejarkan ke Hospital Kajang dengan ambulans untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke PPUM," katanya.

Akibat kejadian itu, Syaiful Nizam yang kritikal kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), bagaimanapun dia dilaporkan stabil.

Insiden malang yang berlaku itu lebih mengharukan berikutan Syaiful Nizam tidak lama lagi akan menimang cahaya mata kerana isterinya kini sedang mengandung tujuh bulan selepas berkahwin awal tahun ini.

Syaiful Nizam mula berkhidmat di IPD Kajang pada 1 Disember 2009 sejak tamat latihan.

Sementara itu Ab Rashid berkata, anggota polis yang berada berhampiran mangsa sudah dirakamkan percakapan untuk siasatan.

Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan rapi untuk mengetahui sama ada ia berlaku akibat kemalangan ataupun kecuaian.

Penyamun cari maut

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

Penyamun cari maut KUALA LUMPUR – Sengaja menempah maut! Itu yang terjadi kepada seorang penyamun apabila hasratnya bersama rakan-rakan lain cuba menyamun seorang pegawai kanan polis berkesudahan dengan dia ditembak mati.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam tersebut, sekumpulan penjenayah bersenjatakan parang cuba menyamun pegawai berpangkat Superintendan dari Bukit Aman itu di hadapan rumahnya, Lorong Burhanuddin Helmi 6, Taman Tun Dr Ismail, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pegawai berkenaan sedang dalam perjalanan pulang dari membeli makanan untuk keluarganya di kawasan berhampiran ketika ternampak enam suspek menaiki tiga motosikal di satu persimpangan gelap berhampiran rumahnya.

Katanya, ketika mangsa keluar dari kereta di hadapan rumahnya, enam suspek kemudian mengejarnya dengan parang dan menyedari kedatangan penjenayah itu, pegawai berkenaan terus melarikan diri.

"Setelah kira-kira sejauh 30 meter, mangsa buat helah mencampakkan dompetnya dan suspek berhenti mengambilnya tetapi bertindak mengejar mangsa semula.

"Keadaan itu menyebabkan mangsa terpaksa melepaskan tiga das tembakan untuk mempertahankan diri dan tembakan mengenai salah seorang suspek yang maut di tempat kejadian. Lima lagi suspek melarikan diri menaiki motosikal," katanya.

Chin Wah berkata, polis percaya salah seorang daripada suspek yang melarikan diri itu turut tercedera kerana pemeriksaan mendapati kesan titisan darah di atas jalan raya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, awal pagi semalam.

Katanya, pemeriksaan ke atas mayat suspek mendapati lelaki itu berusia 19 tahun dan berasal dari Batu Caves, Gombak.

Selain itu, siasatan turut menemui parang yang digunakan suspek, kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan keterangannya sudah direkodkan untuk siasatan," katanya.

Chin Wah berkata, suspek lain kini sedang diburu dan beliau percaya kumpulan penjenayah itu masih berada di sekitar Lembah Klang.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved