Isnin, 26 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Safee akhiri latihan di Cardiff City

Posted: 25 Sep 2011 05:00 PM PDT

Safee akhiri latihan di Cardiff City

CARDIFF CITY -- Penyerang kebangsaan Safee Sali akan pulang ke Malaysia esok selepas menjalani latihan dua minggu dengan kelab bola sepak Cardiff City di bawah kendalian pengurus Malky Mackay.

Harapan pemain berusia 27 tahun itu adalah agar dapat diterima sebagai pemain kelab dari Wales itu yang bersaing dalam liga Inggeris.

Safee, yang kini bermain untuk kelab Indonesia, Pelita Jaya, berkata tempo permainan di England lebih pantas.

Penyertaan beliau dalam latihan dengan Cardiff City mendapat liputan meluas akhbar tempatan, malahan beberapa penyokong kelab itu turut mendapatkan autograf beliau semalam ketika pasukan itu menentang Leicester City. Beliau tidak bermain dalam permainan itu.

"Selepas menyertai pasukan simpanan dan juga pasukan utama dalam latihan, saya dapati permainan di sini lebih pantas. Ia di tahap berbeza," katanya ketika ditemui di Stadium Cardiff City.

Safee, yang berasal dari Selangor, menyifatkan latihan yang dijalaninya sebagai berjaya dan beliau diterima dengan baik oleh pemain-pemain Cardiff City.

"Walaupun hanya dua minggu, saya banyak belajar. InsyaAllah, saya harap dapat kembali untuk bermain bagi pasukan ini di masa depan," katanya.

Perlawanan Cardiff City dengan Leicester City itu turut disaksikan Pesuruhaya Tinggi Malaysia ke Britain Datuk Zakaria Sulong dan isteri, yang menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang diraikan oleh kelab berkenaan.

Safee, yang sebelum ini dianggap oleh pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock sebagai "David Beckham Malaysia" akan bermain untuk pasukan negara menentang Australia di Sydney pada 7 Okt ini.

Ini merupakan perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan itu dalam tempoh 20 tahun. -- BERNAMA

Lelaki ditahan ragut rantai leher teman wanita

Posted: 25 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lelaki ditahan ragut rantai leher teman wanita

KUANTAN -- Seorang lelaki ditahan selepas teman wanitanya membuat laporan polis berhubung tindakannya meragut rantai leher dan mencuri pemain cakera video digital (dvd) wanita berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Nordin Mustapha berkata mangsa, 43, hanya membuat laporan polis semalam selepas dua minggu merayu teman lelakinya itu memulangkan semula rantai leher dan pemain dvd berkenaan.

"Kejadian ragut itu berlaku pada 11 September lepas apabila teman lelakinya itu datang ke rumah mangsa kira-kira 7.30 pagi sebelum bertindak meragut rantai mangsa dan melarikan pemain dvd milik wanita berkenaan," katanya.

Beliau berkata berikutan laporan itu, polis berjaya menahan suspek, 30, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, di rumah suspek di Batu 3, Jalan Gambang semalam.

"Siasatan awal mendapati rantai leher milik mangsa telah dijual suspek bagaimanapun pemain dvd itu masih disimpannya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Jumlah kerugian mangsa yang bekerja sebagai pencuci pejabat itu dianggarkan bernilai RM3,000. -- BERNAMA

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved