Jumaat, 23 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Panggilan misteri

Posted: 22 Sep 2011 05:00 PM PDT

Panggilan misteri

SHAH ALAM – Biras kepada pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, yang didakwa dibunuh bersama-sama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau ada menerima satu panggilan 'misteri' daripada nombor telefon Noorhisham, pada 30 Ogos tahun lalu.

Penolong Kanan Eksekutif, Jefrry Din Hamdan, 40, berkata, bagaimanapun tiada jawapan kedengaran daripada pemanggil (Noorhisham) ketika menjawab panggilan diterima pada 10 malam, tarikh tersebut.

"Saya tidak dengar suara Noorhisham, tetapi hanya dengar bunyi angin seperti seseorang berada di dalam sebuah kereta yang bergerak.

"Saya kemudian mematikan panggilan itu," katanya.

Jefrry Din berkata, beliau tidak menghubungi semula Noorhisham kerana beranggapan birasnya itu akan menghubungi semula.

"Saya yakin sekiranya Noorhisham ada perkara penting yang ingin dimaklumkan, dia menghubungi saya semula," katanya.

Disoal Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin, adakah Jefrry Din ada berhubung dengan isteri Noorhisham, beliau menjawab: "Ya".

Menurutnya, beliau ada pergi ke rumah adik iparnya, Suzana Raden Pangat (isteri Noorhisham) pada 31 Ogos lalu untuk menjemput anaknya.

"Semasa itu, Suzana memaklumkan dia tidak dapat membawa anak saya berbuka puasa di luar kerana Noorhisham ada tugasan," katanya.

Dalam kes ini, T Thilaiyalagan, 20, dan R Kathavarayan, 31, didakwa bersama-sama bekas peguam, Pathmanabhan, 42, dan seorang pekerja ladang, R Matan, 21, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, antara 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Mereka juga didakwa membunuh pegawai CIMB cawa-ngan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu kepada Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pada waktu dan hari yang sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah ladang Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting.

Sementara itu, pakar bahagian teknikal dalam telekomunikasi dan teknologi Celcom, Haizal Hambali memberitahu beliau ada membuat ujian panggilan bagi menentukan rekod panggilan di beberapa lokasi di Banting, Kuala Langat, pada 7 Julai 2011.

Haizal berkata, ujian itu dilakukan bagi mengenal pasti rekod panggilan dirakam pemancar di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya, maklumat yang terdapat pada rekod panggilan tidak begitu tepat kerana ia tidak dapat menentukan lokasi sebenar pengguna telefon yang membuat dan menerima panggilan.

"Ujian panggilan itu hanya boleh menentukan pemancar mana digunakan seseorang yang membuat panggilan," katanya.

Prosiding di hadapan Hakim, Datuk Akhtar Tahir bersambung hari ini.

Cuba perkosa sebelum bunuh

Posted: 22 Sep 2011 05:00 PM PDT

Cuba perkosa sebelum bunuh

SHAH ALAM – Polis mengesahkan suspek kes bunuh dan bakar seorang remaja wanita di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang, 5 September lalu, cuba memperkosa mangsa selepas hasratnya untuk menyambung cinta ditolak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, akibatnya, Nurul Awatif Syakir, 19, pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah di Selayang, cuba mempertahankan diri, tetapi suspek nekad menyerang sehingga mangsa terbunuh.

"Laporan lengkap bedah siasat mangsa sudah dipe-roleh. Cara bagaimana mangsa dibunuh, kita masih siasat dan tidak boleh dedahkan.

"Buat masa ini, kita sedang dalam proses teliti siasa-tan untuk lengkapkan kertas siasatan dan ambil tinda-kan lanjut," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, di sini, semalam.

Menurutnya, suspek berusia 19 tahun, penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Perak, disambung reman hingga Selasa ini untuk membantu siasatan, selepas reman terdahulu tamat 20 September lalu.

Pada 6 September lalu, akhbar ini melaporkan, mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan terbakar hampir 80 peratus di kawasan semak di tepi kampung berkenaan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved