Sabtu, 17 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Tiga lagi IKM dibina di bawah rancangan Malaysia ke-10

Posted: 16 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tiga lagi IKM dibina di bawah rancangan Malaysia ke-10

PUTRAJAYA - Tiga lagi Institut Kemahiran Mara (IKM) akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang; Raub, Pahang; dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mengikuti aliran teknik dan vokasional.

Sehubungan itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta Majlis Amanah Rakyat (Mara) supaya melakukan transformasi dan pembaharuan terhadap program di IKM dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM).

Pembaharuan itu sejajar dengan kehendak industri termasuk mengembangkan program sedia ada yang mempunyai keterbezaan sendiri daripada perspektif global, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvokesyen Perdana Kolej KKTM dan IKM 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

"Mara juga memperkasakan warga pendidiknya dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi dengan cara meningkatkan kemahiran dan ketrampilan tenaga pengajar dan pensyarah secara berterusan," katanya.

Shafie berkata langkah itu dibuat melalui pensijilan profesional atau industri, dan melaksanakan pelan penggantian bagi mengenal pasti, membimbing dan membangunkan jisim genting pemimpin masa kini dan masa hadapan.

Beliau berkata Mara turut menjalin kolaborasi dengan badan-badan antarabangsa termasuk The Welding Institute, United Kingdom yang merupakan institut tersohor di peringkat antarabangsa yang memasarkan keluaran mereka kepada industri-industri besar seperti Boeing dan Airbus.- Bernama

Tiga rakyat Malaysia maut di Selatan Thailand

Posted: 16 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tiga rakyat Malaysia maut di Selatan Thailand

SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) –Tiga rakyat Malaysia termasuk seorang kanak-kanak berumur tiga tahun maut dalam tiga kejadian letupan bom berasingan di kawasan bergolak Selatan Thailand, petang kelmarin.

Manakala seorang sukarelawan rakyat Thailand berumur 38 tahun yang cuba membantu mangsa ketika insiden turut terkorban, menjadikan jumlah korban siri letupan itu seramai empat orang.

Kejadian di Jalan Charoen Khet, Sungai Golok itu turut menyebabkan 19 rakyat negara ini cedera termasuk dua daripadanya parah dan kini dirawat di Hospital Yala.

Letupan seretak di kawasan yang menempatkan pusat hiburan dan hotel itu turut menyebabkan kira-kira 60 orang cedera termasuk orang awam, polis, sukarelawan dan anggota tentera.

Rakyat Malaysia yang terkorban ialah Wong Hong Yep, 64, dan cucunya, Wong Kai Sien, 3, dari Kota Bharu, Kelantan serta Foong Too Keh, 45, dari Kuantan, Pahang.

Hong Yep dan Kai Sien berada di Sungai Golok bersama tiga ahli keluarga manakala Foong pula bersama tiga rakan termasuk abangnya, Foong Too Chuan, 53, ketika letupan berlaku.

Dua rakyat Malaysia cedera parah pula ialah Yau Win dan Heng Chin Gou. Turut cedera parah Komander Pasukan Khas 1922, sebuah pasukan khas yang bertanggungjawab menjaga keselamatan di Sungai Golok, Kapten Theerapong Suwannawetch.

Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok, Rosdi Che Omar berkata, letupan pertama berlaku kira-kira jam 7.30 petang waktu Malaysia apabila sebuah motosikal diletakkan di hadapan Pusat Kebudayaan Persatuan Teochew di jalan berkenaan meletup.

"Kira-kira lima minit kemudian, sebutir lagi bom dipasang pada sebuah motosikal berhampiran Hotel Marina meletup menyebabkan Too Keh dan sukarelawan rakyat Thailand cedera parah sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.

"Ketika keadaan kelam-kabut di jalan sepanjang 500 meter itu, satu lagi letupan lebih besar, dipercayai daripada bom dipasang pada sebuah kereta yang diletakkan berhampiran lampu isyarat dekat Hotel Merlin meletup," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Rosdi berkata, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan kejadian dilakukan kumpulan sindiket dadah selain dikaitkan dengan ahli kumpulan pemisah.

"Bagi saya, kejadian ini bertujuan memusnahkan ekonomi masyarakat setempat selain mewujudkan permusuhan antara orang Islam dan penganut agama lain," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved