Khamis, 22 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Polis bayar ganti rugi RM900,000

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

Polis bayar ganti rugi RM900,000

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang lumpuh akibat ditembak polis berjaya dalam tuntutan samannya apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak polis membayar ganti rugi RM900,000.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Siti Khadijah S Hassan Badjenid memerintahkan Lans Kopral Nadzri Ahmad dan Ketua Polis Negara membayar jumlah itu meliputi kos tambang ke hospital, kos ulang alik sebagai pesakit luar, kos beg kencing, kehilangan pendapatan dan lain-lain.

Dalam penghakimannya Siti Khadijah berkata, perbuatan Nadzri yang melepaskan tembakan terhadap Johari Kasman, 28, (plaintif) jelas menunjukkan salah guna kuasa dan terdapat percanggahan antara keterangan pakar dan afidavit pembelaan berhubung jarak tembakan.

Katanya, semasa kejadian Nadzri bertugas dengan memakai pakaian preman dan menahan plaintif kerana berkelakuan mencurigakan, tetapi plaintif enggan berhenti hingga timbul pergelutan.

Siti Khadijah berkata, walaupun kejadian tembakan itu berlaku, Nadzri tidak melepaskan tanggungjawabnya, sebaliknya bertindak membawa plaintif ke hospital.

"Defendan pertama menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Plaintif mempunyai empat rekod jenayah lampau yang kesemuanya kesalahan mencuri kenderaan.

"Defendan berkata, ketika kejadian (23 Oktober 2004) plaintif memandu menggunakan motosikal curi dengan nombor pendaftaran palsu, tetapi defendan tidak mem-punyai bukti plaintif terlibat pada hari itu," katanya.

Pada 18 Oktober 2007, Johari mengemukakan saman terhadap Nadzri dan Ketua Polis Negara kerana cuai hingga menyebabkannya lumpuh.

Johari mendakwa Nadzri tidak memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan gagal memberi amaran sebelum menembaknya.

Menerusi pembelaan, kedua-dua defendan berkata, tindakan menembak itu bertujuan mempertahankan diri dan sebelum pergelutan berlaku plaintif bertindak menghayun topi keledar beberapa kali hingga terkena kepala Nadzri.

Katanya, Plaintif juga cuba merampas pistol defendan.

Sepanjang prosiding Johari memanggil empat saksi, manakala defendan seramai enam orang.

Peguam V Rajadevan mewakili Johari dan Peguam Kanan Persekutuan Mariam Hasanah Othman mewakili defendan. - Bernama

3 pegawai SPRM dilucut tugas

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

3 pegawai SPRM dilucut tugas

SHAH ALAM – Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya disyaki terbabit kes samun membabitkan AS$300,000 (RM900,000) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 15 September lalu, dilucutkan dari sebarang tugas aktiviti siasatan.

Menurut kenyataan SPRM semalam, semua pegawai itu dikecualikan dari sebarang tugas sehingga polis selesai menjalankan siasatan.

Dalam kenyataan sama, SPRM turut menafikan laporan sebuah akhbar arus perdana semalam, bertajuk '3 Pegawai Kanan SPRM Ditahan'.

"Tiga pegawai ditahan bukan terdiri daripada Pegawai Kanan tertinggi SPRM.

"Dakwaan ini adalah dakwaan serius. Kita sedang membantu polis dalam siasatan berkaitan kes, malah yakin siasatan dilakukan secara menyeluruh dan telus," katanya.

Sementara itu, 15 September lalu, ketiga-tiga pegawai SPRM terbabit dikatakan membuat pemeriksaan mengejut terhadap seorang pengurup wang yang dalam proses hendak membawa keluar AS$300,000 ke Singapura. Suspek cuba mengugut mangsa supaya menyerahkan sejumlah wang bagi tujuan melepaskannya dari pemeriksaan, namun mangsa enggan menuruti arahan mereka.

Suspek kemudiannya, bertindak mengambil wang berkenaan yang kononnya untuk dirampas sebelum menghilangkan diri.

Kelmarin, polis mengesahkan penahanan tiga pegawai SPRM Putrajaya itu dan mereka direman untuk siasatan lanjut sehingga 26 September ini.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved