Isnin, 5 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Tragedi pilu depan mata ibu, ayah

Posted: 04 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tragedi pilu depan mata ibu, ayah BATU PAHAT – Kegembiraan tiga beradik yang baru pulang berhari raya dari rumah datuk mereka di Kelantan, bertukar tragedi apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 113.6 Jalan Johor Bahru-Seremban, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 pagi itu, meragut nyawa Ahmad Zakwan Patah Raji, 19, yang memandu kenderaan jenis Perodua Kancil bersama dua lagi adiknya, Ahmad Zahinuddin Patah Raji, 18, dan Ahmad Zarif Patah Raji, 12.

Lebih menyayat hati, apabila kemalangan itu disaksikan sendiri oleh ayah mereka, seorang anggota polis, Koperal Patah Raji Muhamad, 40an, ibu, Sofiah Azmi, 44 dan dua lagi adik mereka yang ketika itu, memandu selang satu kenderaan di belakang Perodua Kancil yang dipandu anaknya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon berkata, ketika kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai gagal dikawal sebelum memasuki laluan berasingan lalu, bertembung dengan kenderaan jenis Proton Saga BLM yang dipandu seorang lelaki berusia lingku-ngan 20an.

Menurutnya, Perodua Kancil itu, datang dari arah Machang, Kelantan ke Simpang Renggam apabila bertembung Proton BLM dari arah Yong Peng ke pekan Lam Lee.

"Berikutan kemalangan itu, pemandu Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan serius, manakala pemandu Proton Saga BLM hanya cedera ringan.

"Dua lagi adik mangsa yang turut mengalami pendarahan serius menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Pahat," katanya kepada Sinar Harian.

Pemandu Proton BLM terbabit dibawa ke hospital sama bagi rawatan lanjut dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Purnama, Simpang Renggam.

Mangsa disimbah asid

Posted: 04 Sep 2011 05:00 PM PDT

Mangsa disimbah asid

SANDAKAN - Seorang lelaki cedera dimuka, akibat disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh seorang penunggang motosikal di Batu 9 Jalan Labuk dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari, ketika mangsa yang berumur 43 tahun itu, dalam perjalanan ke rumah rakannya.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Fadzil Mohd Ali berkata, mangsa yang memandu kereta bersama isteri dan dua anaknya, tiba-tiba dihalang oleh motosikal ditunggangi seorang lelaki.

Menurutnya, mangsa kemudian turun dari keretanya untuk bertemu lelaki itu dan berlaku pertengkaran antara mereka.

"Lelaki berkenaan kemudian bertindak menyimbah cecair dipercayai asid ke muka mangsa dan terus melarikan diri.

"Mangsa yang cedera, kemudian dihantar ke Hospital Duchess Of Kent oleh isternya dan keadaannya kini dilaporkan stabil," katanya di sini, semalam. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved