Isnin, 26 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Berasal dari nama menu makanan

Posted: 25 Sep 2011 05:00 PM PDT

Berasal dari nama menu makanan Hush Puppies adalah salah satu jenama antarabangsa untuk produk kasut konsep kontemporari bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Syarikat Hush Puppies yang berpusat di Rockford, Michigan meluaskan pasarannya ke peringkat global menggunakan jenama Hush Puppies. Sehingga kini, ia menembusi pasaran di lebih 120 negara seluruh dunia.

Selain produk kasut, Hush Puppies turut menggunakan cap dagang yang sama untuk produk kaca mata hitam; mainan mewah dan pakaian.

Hush Puppies menggunakan imej seekor anjing Basset Hound sebagai logonya.

Syarikat Hush Puppies ditubuhkan pada 1958 oleh Wolverine. Jenama dan maskotnya dicipta oleh pengurus jualan pertamanya, James Gaylord Muir.

Pada awalnya, sebuah agensi pengiklanan memberi idea 'Laser' sebagai nama untuk produk tersebut. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan menembusi pasaran jualan di Amerika Syarikat, Muir telah singgah makan malam bersama seorang jurujual di bahagian Tenggara negara tersebut.

Dalam menu makan tersebut, turut dihidangkan makanan tradisional Amerika Selatan iaitu sejenis bebola jagung goreng. Muir yang teruja dengan makanan itu, bertanya mengenainya dan dia diberitahu makanan itu dikenali sebagai 'hush puppy'.

Selain itu, Muir turut diberitahu, Hush puppy adalah makanan yang sering dilemparkan petani kepada anjing dan salah satu makanan menenangkan.

Melihat daripada aspek itu, Muir mula berfikir. Dia mendapat ilham bahawa nama 'hush puppy' adalah nama yang sesuai kerana produk kasut keluaran syarikatnya adalah sebuah rekaan kasut yang selesa dan menenangkan apabila dipakai.

Pada 1994, Hush Puppies tiba-tiba menjadi popular di kelab dan bar di pusat bandar Manhattan, di mana orang-orang muda membelinya di kedai kasut kecil.

Pada musim gugur 1995, tiga selebriti iaitu John Bartlett, Anna Sui, dan Joel Fitzpatrick telah diundang sebagai figura dalam koleksi Hush Puppies.

Sejak itu, berlandaskan khabar dari mulut ke mulut, Wolverine berjaya menjual 430,000 pasang kasut, dan empat kali ganda lebih berbading pada tahun berikutnya. Sumber-http://en.wikipedia.org/wiki/Hush_Puppies

Koperasi kecil digalak bergabung

Posted: 25 Sep 2011 05:00 PM PDT

Koperasi kecil digalak bergabung Koperasi kecil (mikro) lebih baik bergabung dengan koperasi besar bagi mewujudkan modal yang lebih besar sekaligus membolehkannya menceburi bidang perniagaan besar dan menguntungkan, seperti industri komunikasi yang menjanjikan keuntungan besar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penglibatan beberapa koperasi dalam sektor berteknologi tinggi dengan berskala besar kini sudah menampakkan hasil yang membanggakan.

Menurutnya, sebanyak 85 peratus daripada lebih 8,000 koperasi di negara ini merupakan koperasi kecil yang pendapatan perniagaannya setahun tidak melebihi RM250,000.

"Lebih besar koperasinya, lebih besar gabungannya. Maka lebih banyak modal yang mereka perolehi dan lebih banyak peluang mereka untuk terlibat di dalam bidang yang lebih besar."

"Kalau mereka tidak mempunyai modal yang cukup bermakna mereka hanya boleh terlibat dalam sektor dan perniagaan sara diri yang mana hanya untuk kepentingan ahli-ahli sahaja. Akhirnya mereka tak berkembang," katanya.

Tambahnya, kerajaan menyasarkan sumbangan koperasi sebanyak 10 peratus dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2020.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved