Ahad, 18 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


NPC harap majlis akhbar Malaysia mampu kurangkan tekanan kepada media

Posted: 17 Sep 2011 05:00 PM PDT

NPC harap majlis akhbar Malaysia mampu kurangkan tekanan kepada media

KUALA LUMPUR - Cadangan penubuhan Majlis Akhbar Malaysia diharap mampu mengurangkan tekanan kepada akhbar, kata Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), Mokhtar Hussain.

Beliau berkata penubuhan majlis itu juga akan menjadi saluran untuk menyampaikan apa jua cadangan untuk mengurangkan lagi tekanan dan memberi kebebasan kepada media massa," katanya.

Beliau berkata pada masa kini orang ramai mempunyai saluran alternatif untuk mendapatkan maklumat contohnya melalui internet, justeru kebebasan yang lebih perlu diberi kepada akhbar untuk memainkan peranan tanpa ada apa-apa yang perlu dibimbangkan.

"Secara dasarnya cadangan penubuhan majlis akhbar telah dipersetujui oleh pengarang-pengarang kanan akhbar dan majalah utama negara," katanya.

Beliau berkata sebagai permulaan kajian sedang dilakukan dengan memilih majlis media di India dan United Kingdom sebagai contoh untuk memastikan pihak akhbar di Malaysia dapat memainkan peranan dengan lebih baik.

"Diharap media akan diberi ruang kebebasan lebih baik dalam menyampaikan maklumat tepat dan betul kepada rakyat," katanya kepada media pada acara Larian Media-NPC-Ambank-Milo 2011 di sini hari ini.

Seramai 200 orang peserta menyertai larian sejauh 5 kilometer itu, anjuran NPC bermula jam 8 pagi tadi.
Para peserta dilepaskan oleh Shamsul Bahrom, Timbalan Ketua Audit Dalaman Kumpulan Ambank di pekarangan rumah kelab NPC di Jalan Tangsi di sini.

Sebanyak 10 kategori dipertandingkan termasuk terbuka lelaki dan wanita, veteran lelaki dan wanita serta kategori bawah 18 tahun lelaki dan wanita.- Bernama

Konvoi bermotosikal Hari Malaysia 2011 tiba di Muzium Negara

Posted: 17 Sep 2011 05:00 PM PDT

Konvoi bermotosikal Hari Malaysia 2011 tiba di Muzium Negara

KUALA LUMPUR - Seramai 130 peserta konvoi bermotosikal yang berlepas dari Pulau Pinang ke Melaka Jumaat lepas bersempena Hari Malaysia tiba di perkarangan Muzium Negara di sini hari ini.

Ketua konvoi, Rosman Mat Said berkata konvoi 'Ride Malaysia Day 2011' anjuran Kelab Sym Malaysia Bikers (SYM) itu tiba di perkarangan Muzium Negara pada 10.30 pagi.

"Alhamdullilah, konvoi 'Ride Malaysia Day 2011' ini telah mendapat kerjasama daripada Parlimen Bukit Katil Melaka, Pemuda Umno Bahagian Bayan Baru, Pulau Pinang serta Jabatan Muzium Malaysia," katanya, di sini.

Beliau berkata konvoi itu bertujuan meningkatkan jati diri para peserta sebagai anak Malaysia selain mengibarkan Jalur Gemilang bersempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Datuk Ibrahim Ismail berkata pihaknya mengalu-alukan program seumpama itu sejajar dengan matlamat menarik tiga juta pengunjung ke Muzium Negara tahun depan berbanding 2.7 juta pengunjung buat masa sekarang.

"Jika kita lihat muzium juga jarang disenaraikan sebagai tempat kunjungan sekeluarga berbanding destinasi percutian lain dan juga pusat membeli-belah," katanya selepas menyambut konvoi itu. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved