Rabu, 28 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Setuju tafsir semula sejarah

Posted: 27 Sep 2011 05:00 PM PDT

Setuju tafsir semula sejarah SHAH ALAM – Sejarah harus ditafsirkan semula dengan fakta dan penemuan baru, tetapi mengekalkan kerangka jelas sedia ada untuk mengukuhkan keharmonian dan kesinambungan tatapan generasi akan datang.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sejarah tidak perlu dipolemikkan dan ditulis semula semata-mata untuk menyedapkan hati sesetengah pihak kerana sejarah diketahui hari ini adalah fakta dan sukar dipesongkan.

Namun katanya, sumbangan pemimpin haluan kiri perlu diketengahkan kerana tidak dinafikan golongan ini tetap berjasa demi membangkitkan semangat kemerdekaan negara walaupun perjuangan mereka dipengaruhi Parti Komunis Malaya (PKM) dan semangat pembentukan Indonesia Raya.

"Jika kita tulis semula sejarah, ketulenan sejarah itu sendiri akan terhakis. Jadi kita tidak perlu bersikap apologetik kerana sejarah tetap sejarah kerana ia tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.

"Mungkin dari tafsirannya berbeza; di sini kita boleh debatkan berdasarkan pengalaman sedia ada. Tafsir boleh tetapi bukan rombak semua sejarah kerana sejarah wujud di masa lampau, masa kini dan masa depan," katanya.

Bercakap mengenai isu Mat Indera ditimbulkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Puad berkata, orang ramai perlu membezakan antara perjuangan menentang British dan perjua-ngan menuntut kemerdekaan.

Katanya, beliau bersetuju Mat Indera adalah pejuang yang menentang British, tetapi menegaskan Mat Indera bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana natijah perjuangannya di bawah Parti PKM adalah bermatlamatkan penubuhan negara republik komunis Malaya.

"Selain itu, kita perlu melihat sejarah dari sudut yang luas, bukannya ambil sedikit sahaja kerana jika komunis menang dalam perjuangan mereka maka negara ini akan dinaungi komunis China ataupun merdeka di bawah Indonesia Raya yang diketuai (Presiden Indonesia) Sukarno.

"Jadi kenapa Mat Sabu tidak sebut mengenai seorang lagi penulis dalam buku 'Pengukir Nama Johor', Shahgidon Dirhan yang menyebut Mat Indera sebagai komunis dan petualang? Kenapa tidak sebut mengenai itu sedangkan ia dalam buku yang sama?," katanya.

Selain itu, Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, turut menjelaskan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr M Jeyakumar Devaraj dari PKR, pernah mengirimnya satu buku mengenai sejarah perlembagaan rakyat ditubuhkan gabungan parti haluan kiri dari Pusat Tenaga Rakyat (Putera) dan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) sebagai alternatif kepada kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Katanya, beliau mempersoalkan kenapa dalam perlembagaan rakyat tersebut tidak disebut mengenai status dan hak Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan Melayu seperti yang jelas termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

RM10 juta biayai penuntut PhD UTM

Posted: 27 Sep 2011 05:00 PM PDT

RM10 juta biayai penuntut PhD UTM

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam mengumumkan penubuhan 'Ainuddin Wahid Endowment Fund' :dengan dana RM10 juta bagi membiayai pe-nuntut peringkat doktor falsafah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Perdana Menteri berkata, dana berkenaan diagih secara berperingkat dengan peruntukan RM2 juta setahun untuk tempoh lima tahun.

Beliau berkata, dana itu akan di gunakan untuk membiayai lima penuntut PhD setiap tahun yang dari kumpulan 'creme de la creme' iaitu yang terbaik.

"Penuntut PhD yang dibiayai oleh dana ini, berpeluang mengikuti sandaran selama enam bulan semasa pengajian di sebuah institusi akademik tersohor dunia, Universiti Oxford, Cambridge, MIT atau Imperial College," katanya ketika melancarkan biografi 'Ainuddin Pejuang Degil Melayu' di sini, semalam.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved