Jumaat, 16 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Sejarah merdeka : Rakyat semangkin keliru

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Sejarah merdeka : Rakyat semangkin keliru

Dewan Pemuda Pas Pusat (Malaysia) terkejut dengan kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) yang mendakwa bahawa Tanah Melayu atau Malaysia bukannya dijajah oleh British tetapi hanya mentadbir Negara ini sahaja ketika sebelum Negara yang dikatakan mendapat Kemerdekaan pada Tahun 1957 daripada British.

Bagi kami ianya satu kenyataan yang dangkal lagi memalukan oleh kerana mereka yang dikatakan berpendidikan tinggi hatta bertaraf Profesor amat mengelirukan sejarah tanahair serta rakyat amat terperanjat sama sekali.

Bagi kami juga, persoalan mengapa kita menyambut Hari Kemerdekaan Negara setiap tahun adalah tidak bermakna jika diambil kira fakta yang dikemukakan.

Malah ianya juga membawa erti bahawa Umno tidak memperjuangkan Kemerdekaan Negara ketika itu dan bahawa Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah bukanlah Bapa Kemerdekaan sepertimana yang didakwa sebelum ini. Ianya juga bermakna bahawa kedatangan British ketika itu bukanlah untuk menguasai politik tanah Melayu.

Adakah British tidak menguasai pentadbiran Negara ketika itu? Adakah ianya juga tidak menguasai ekonomi tanah Melayu ketika sebelum Merdeka? Dan langsung tidak memunggah kekayaan Negara hasil bumi kita? Serta British langsung tidak menekan bahasa, budaya dan pendidikan rakyat ketika sebelum Merdeka? Sebenarnya mereka yang mengatakan Negara ini tidak pernah dijajah adalah mereka yang mendapat faedah dan kedudukan atau yang mengampu jika menafikan fakta yang sebenarnya.

Persoalan juga timbul, adakah British yang datang ke tanah Melayu ketika itu hanya untuk mengadakan lawatan sambil belajar semata-mata? Adakah juga kematian Dato' Maharaja Lela Pandak Lam dan Tok Janggut atau Haji Mohd Hassan Munas adalah untuk suka-suka sahaja?.

Dengan kenyataan Profesor Dr Zainal Keling tersebut boleh disifatkan menghina Raja-Raja Melayu seolah-oleh Raja Melayu ketika itu seperti tunggul kepada British yang hadir di tanah Melayu sebagai pelawat jika diperhalusi kedudukan fakta yang amat keliru tersebut.

Oleh yang demikian, kami terpanggil untuk mencabar berdebat dengan Profesor ibarat 'kangkung' ini, kami amat kesal ahli akademik menjadi alat untuk menyelamatkan Umno semata-mata.

Mereka jelas ingin menutup sejarah sebenar perjuangan Kemerdekaan yang terbunuh bagi melepaskan kedudukan Negara daripada penjajah selama ini. Kami kesal kita masih dijajah walaupun ingin membetulkan fakta sejarah yang sebenar daripada isi hati perjuang yang langsung tidak diikhtiraf sehingga kini oleh kerajaan.

RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda Pas Malaysia

Selangor, medan paling sukar pada pilihan raya akan datang?

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Selangor, medan paling sukar pada pilihan raya akan datang?

KUALA LUMPUR - Selangor, dikatakan negeri terkaya di negara ini, merupakan permata berharga yang bakal menjadi rebutan di antara pembangkang dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Namun, untuk memenangi negeri itu bukan tugas mudah, sama ada di pihak BN mahupun pakatan PAS-PKR-DAP.

Berikutan desas desus bahawa pilihan raya umum bakal diadakan bila-bila masa, penganalisis turut memberi tumpuan pada Selangor dan meramalkan agak sukar bagi pembangkang mengekalkan negeri itu manakala BN akan berdepan tugas getir untuk menawannya semula.

Penganalisis politik di Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian berkata bukan lagi rahsia bahawa BN menumpukan banyak usaha untuk menawan semula negeri itu.

"Dengan landskap politik dinamik di Selangor, kini lebih maju dan moden dengan golongan muda menjadi pengundi, pastinya sukar bagi mana-mana pihak untuk memenangi undi. Saya percaya Konvensyen BN Selangor akan datang pada 17 Sept akan memberikan panduan mengenai bagaimana Umno bakal menghadapi cabaran itu.

"Walaupun terdapat banyak isu menyelubungi pentadbiran kerajaan negeri sekarang, persoalannya ialah adakah Umno berjaya meminimumkan isu yang melandanya di peringkat negeri? Adakah parti telah mengenal pasti panglima untuk mengetuai dan menyatukan pasukan?" katanya.

"Panglima" itu boleh jadi sama ada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar atau ketua pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman, dua pemimpin yang dilihat berupaya mengetuai Umno negeri.

Namun, kata Dr Sivamurugan, Umno juga boleh memilih seseorang di luar kelompok mereka iaitu "seseorang yang mampu menyatukan semua kumpulan".

Konvensyen akan datang, katanya mesti menumpukan kepada mengenai perlunya untuk bersatu demi untuk menawan semula negeri itu.

"Buat masa ini, jika anda minta saya nilai keadaannya, saya akan katanya masih 50-50. Bakal menyaksikan persaingan sengit sehingga ke akhir. Terdapat terlalu banyak kawasan "campuran".
- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved