Jumaat, 2 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kenderaan bertambah di Lebuhraya Plus, trafik masih terkawal

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kenderaan bertambah di Lebuhraya Plus, trafik masih terkawal

KUALA LUMPUR - Trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) mulai meningkat dari kedua-dua arah utara dan selatan sejak jam 10 pagi ini, namun ia masih terkawal.

Menurut petugas Pusat Kawalan Plus, trafik bergerak perlahan di beberapa lokasi di lebuh raya utama itu. "Dari arah utara, trafik bergerak perlahan dari Sungkai menghala ke Slim River, dan sebelum Plaza Tol Juru menghala ke Juru dan Kuala Lumpur.

"Dari arah Selatan, trafik bergerak perlahan dari Nilai menghala ke pusat bandar," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Katanya, trafik turut bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berikutan satu kemalangan.

"Kemalangan pada jam 12 tengah hari tadi mebabitkan kedua-dua arah, iaitu dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL menghala ke Shah Alam dan dari Shah Alam menghala ke Seremban. Kenderaan terbabit sedang dialihkan dan terdapat lorong yang ditutup," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, 18 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya semalam iaitu hari ke-10 Ops Sikap-24, menjadikan jumlah kematian 184 orang.

Polis Bukit Aman dalam laman sesawangnya hari ini melaporkan, penunggang motosikal mencatat jumlah kematian tertinggi sebanyak 14 orang.

Sebanyak 15 kes kemalangan maut direkodkan dan daripada jumlah itu, tiga kes dicatat di lebuh raya, jalan persekutuan (lapan), jalan negeri (dua), diikuti dengan satu kematian masing-masing di jalan bandaran dan jalan lain.

Sebanyak 6,334 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam. - Bernama

Kanak-kanak perempuan maut digilis bas

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kanak-kanak perempuan maut digilis bas

IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan terbunuh selepas digilis bas apabila dia terjatuh daripada motosikal yang ditunggang ibunya di KM 40 Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat Perak Tengah semalam.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 3.20 petang semalam, Nor Ezwin Mohd Erwan, 6 berasal dari Kampung Bakar Arang, Kota Setia, Sungai Renggam, Perak Tengah.

"Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian mangsa membonceng motosikal yang ditunggang ibunya Rodiah Abdullah, 40-an dalam perjalanan dari Sitiawan ke Teluk Intan apabila dirempuh dari belakang oleh sebuah motosikal lain.

Katanya akibat kejadian itu mangsa tercampak di atas jalan dan gilis oleh sebuah bas yang datang dari arah belakang, manakala ibu mangsa terselamat.

Sementara itu seorang wanita terbunuh selepas kereta yang dipandu suaminya terbabas dan merempuh penghadang jalan di Km 285.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pada pukul 3 petang semalam.

Mangsa Rohaya Darus, 41 berasal dari Taman Mulia, Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala suami mangsa terselamat dalam kejadian itu.

Ketika kejadian mangsa bersama suaminya dalam perjalanan dari Utara ke Selatan apabila sebuah tayar kereta yang mereka naiki meletup lalu terbabas dan merempuh penghadang jalan.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved