Jumaat, 23 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Seorang maut, tiga lagi cedera

Posted: 22 Sep 2011 05:00 PM PDT

Seorang maut, tiga lagi cedera HULU SELANGOR - Seorang maut sementara tiga lagi cedera apabila sebuah lori merempuh belakang sebuah treler yang sedang bergerak di Kilometer 422.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah Ipoh sebelum susur Bukit Tagar, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa yang juga kelindan lori tersepit dalam lori yang remuk dan tersangkut maut di tempat kejadian.

Siasatan awal polis mendapati, kedua-dua kenderaan dipandu di lorong paling kiri lebuh raya.

Difahamkan, lori yang mengekori itu secara tiba-tiba merempuh treler di hadapannya menyebabkan treler yang membawa muatan 13 tan tepung gandum dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh itu hilang kawalan.

Rempuhan kuat menyebabkan kedua-dua kenderaan berat itu terbabas hampir 100 meter ke laluan paling kanan sebelum merempuh besi pembahagi lebuh raya.

Pemandu lori berkenaan mengalami cedera parah sementara kelindannya, Mahamad Rajidi Ishak, 39, maut di tempat kejadian.

Pemandu treler, Harjan Singh Joginder Singh, 46, bersama anaknya, Namindar Singh, 18, mengalami cedera ringan.

Sebuah jentera terpaksa digunakan bagi menarik lori untuk mengeluarkan mayat yang tersepit.

Anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bahru mengambil masa hampir setengah jam bagi mengeluarkan mayat Mahamad Rajidi.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved