Isnin, 26 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kekal kuota, tukar kerusi

Posted: 25 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kekal kuota, tukar kerusi IPOH - Barisan Nasional (BN) Negeri akan mengekalkan kuota kerusi bagi komponen mereka pada pilihan raya akan datang melibatkan beberapa kawasan yang telah dipersetujui bersama untuk pilihan raya akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pembahagian kerusi tidak akan berubah sebaliknya tempat atau kawasan akan disesuaikan.

"Kita perlu menerima hakikat bahawa ada tempat-tempat tertentu yang memerlukan pengubahsuaian tetapi tidak menjejaskan pembahagian kerusi yang telah dipersetujui melalui persefahaman dalam BN.

"Kerusi itu boleh diubah-ubah, jadi tidak ada masalah. Dalam BN pun seperti yang kita lihat dalam setiap kali pilihan raya diadakan, ada kerusi-kerusi sebelum ini Umno bertanding diberikan kepada komponen lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai isu berkenaan selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri dan Pertubuhan Peladang Negeri di Kediaman Menteri Besar, di sini, semalam.

Dengan memberikan contoh kerusi Gerik, Zambry berkata, tidak pernah ada parti lain bertanding di kerusi itu selain Umno tetapi pada pilihan raya lalu, Gerakan yang diberikan laluan bertanding.

"Pada kali ini pun kita akan melihat kedudukan yang sama. Umpamanya Gerik. Sudah tentu ianya tidak lagi sesuai untuk Gerakan dan Gerakan pun mencadangkan mereka berada di tempat yang lain.

"Tetapi dari segi pembahagian kerusi itu tetap sama, tetapi kawasan itu mungkin berubah dari semasa ke semasa," katanya.

Mengenai kerusi-kerusi lain, beliau berkata, BN Negeri akan membuat ketetapan dan pengumuman setelah tiba masa yang sesuai.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved