Isnin, 5 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Nyaris jadi korban bencana

Posted: 04 Sep 2011 05:00 PM PDT

Nyaris jadi korban bencana KUANTAN - Lima sekeluarga yang sedang berehat di ruang tamu rumah mereka terselamat dalam kejadian ribut yang memusnahkan bahagian dapur dan bilik air kediaman mereka di Kampung Tiram di sini, petang kelmarin.

Kejadian yang diibaratkan seperti 'tsunami kecil' itu nyaris mengorbankan mereka sekeluarga apabila hampir kesemua zink bahagian dapur diterbangkan angin sejauh kira-kira 20 meter.

Menurut salah seorang mangsa, Norziah Bongsu, 42, kejadian ribut itu berlaku kira-kira jam 7.20 petang setelah terdengar bunyi angin kuat di luar rumah.

"Saya bersama suami dan anak-anak berkumpul di bahagian tengah rumah kerana takut dengan bunyi petir disusuli dengan angin kencang dan hujan lebat.

"Saya meluru ke dapur selepas terdengar bunyi seperti ada 'benda' runtuh di belakang rumah dan terkejut melihat bumbung dapur sudah tiada," katanya ketika ditemui di rumahnya petang semalam.

Norziah berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan dalam tempoh tidak sampai lima minit , hampir semua zink bumbung diterbangkan angin kencang.

Dia yang bekerja sebagai tukang sapu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Setongkol bagaimanapun tetap bersyukur kerana runtuhan itu hanya membabitkan bumbung bahagian dapur dan bilik air sahaja.

"Saya tidak tahu apa yang akan terjadi jika bumbung rumah turut diterbangkan angin, mungkin nyawa kami sekeluarga turut terancam dan setidak-tidaknya air hujan membasahi bahagian dalam rumah.

"Saya bersyukur kerana anak-anak semua selamat dan tiada kerosakan harta benda kecuali barangan dapur yang perlu dibersihkan," katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof, ketika melawat rumah berkenaan mengumumkan bantuan segera kepada keluarga terbabit.

Menurutnya, bantuan bahan binaan kira-kira RM4,000 dihulurkan bagi membina semula bumbung dapur dan bilik air yang rosak.

"Kita salurkan menerusi peruntukan yang disediakan Majlis Pembangunan Kebajikan Masyarakat Parlimen Indera Mahkota dan berharap kerja ini dapat disiapkan dalam tempoh beberapa hari sahaja," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved