Ahad, 25 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Minta susu sebelum maut

Posted: 24 Sep 2011 05:00 PM PDT

Minta susu sebelum maut KUALA TERENGGANU - Kanak-kanak yang maut terjatuh, dipercayai dari tingkat lima Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, sempat meminta ibunya membuatkan susu, sebelum ditemui maut.

Ibunya, Roslina Mohd Yusof, 44, berkata, dia tidak menyangka sama sekali itu adalah permintaan terakhir arwah anaknya, Ahmad Safwan Shafik Afendi, 6, yang ketika itu masih berpakaian tidur.

Roslina yang kelihatan sedih dan sugul dengan kematian anaknya yang berperwatakan riang itu, bagaimanapun tidak mampu mengulas lanjut kerana masih bersedih dengan kematian anak keempat daripada lima beradik itu.

Sementara itu, bapa mangsa, Koperal Shafik Afendi Ahmad, 44, yang bertugas di bahagian trafik IPD Marang berkata, dia reda dengan kematian anaknya itu.

"Memang saya terkejut dengan apa yang berlaku tetapi saya reda kerana ia takdir Ilahi. Cuma saya tidak sangka dia pergi terlalu cepat, ALLAH lebih menyayanginya," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebelum ditemui seorang anggota polis wanita kira-kira jam 8.10 pagi.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada belakang kepala, patah tangan dan kaki kiri.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved