Jumaat, 16 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kena tunggu 13 Oktober

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kena tunggu 13 Oktober IPOH – Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 13 Oktober hadapan sebagai tarikh keputusan permohonan Guru tadika, M Indira Ghandi, 35, supaya kes hak penjagaan tiga anaknya yang sudah memeluk agama Islam dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Tarmizi Abdul Rahman memutuskan demikian setelah mendengar hujah dari kedua-dua pihak terhadap permohonan yang dikemukakan melalui peguamnya, M Kulasegaran, K Shanmuga dan Fahari Azzat.

"Kita mengemukakan empat soalan untuk penentuan Mahkamah Persekutuan antaranya, bolehkah salah seorang ibu bapa mengislamkan kanak-kanak dari perkahwinan bukan Islam? Adakah Mahkamah Tinggi mengekalkan bidang kuasanya untuk mengesahkan penukaran agama walaupun didaftarkan oleh seorang mualaf," kata Kulasegaran kepada Sinar Harian, selepas selesai keputusan itu dibuat.

11 Mac lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan hak penjagaan sepenuhnya kepada Indira namun, bekas suaminya, K Pathmanathan yang kini dikenali sebagai Mohd Ridzuan Abdullah enggan menyerahkan Praksa Diksa, tiga tahun dan memfailkan keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, dia lagi anaknya, Tevi Darsiny, 14 dan Karan Danish, 13, tinggal bersamanya.

Pada 28 Julai tahun lalu, Indira dibenarkan menolak keputusan Mahkamah Tinggi untuk meneruskan prosedur memansuhkan keputusan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menukarkan ketiga-tiga anaknya kepada Islam.

Pihak pembelaan adalah Jaipk, Pendaftar Muallaf dan Kerajaan Negeri yang diwakili oleh Mohd Hamzah; Kementerian Pelajaran dan Kerajaan, Noor Hisham Ismail dan Mohd Ridzuan diwakili oleh Hatim Musa.

Mohd Ridzuan telah mengislamkan ketiga-tiga anaknya tanpa pengetahuan Indira dan menukarkan nama kepada Umu Salamah, Abu Bakar dan Umu Habibah.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved