Ahad, 25 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kedai hangus depan mata

Posted: 24 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kedai hangus depan mata PASIR MAS – Peniaga kedai makan di Kampung Lati, di sini hanya mampu melihat kedai yang menjadi tempat dia mencari rezeki sejak empat tahun lalu hangus hanya lima minit dalam kejadian jam 5 petang semalam.

Norida Samah,32, berkata, ketika kejadian dia berada di belakang kedai berehat seketika setelah ketiadaan pelanggan sementara pembantunya menguruskan kedai .

Bagaimana pun katanya, ketika hampir terlena, pembantunya, Zubaidah Latif, 36, menjerit memanggil namanya dan dia segera keluar kerana suaranya seperti orang dalam kecemasan.

"Ketika itu saya lihat api sedang membakar kedai, dan saya nekad meredah api menyelamatkan barang kemas serta wang tunai yang simpan di dalam kedai.

"Tetapi belum sempat saya masuk ke dalam kedai, saya dipegang dan dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian dan hanya mampu menangis serta melihat kedai hangus," katanya sambil ditenangkan pembantunya.

Norida berkata, dia terkilan kerana tidak sempat membayar gaji Zubaidah sejak lima hari lalu dan wang tersebut turut hangus.

Menurutnya, kebiasaannya setiap hari dia membayar gaji Zubaidah dan pekerjanya.

"Saya tidak tahu nak buat macam mana lagi sekarang, semuanya (barang jualannya dan wang ) terbakar," katanya.

Norida berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan api dipercayai datang dari bilik tengah sebelum merebak ke bahagian kedai yang lain.

Menurutnya, sebelum kejadian, selain anak pekerjanya berusia empat tahun, dia bersama tiga yang lain berada dalam kedai menyediakan barang-barang dapur untuk berniaga.

"Saya tidak menyangka dalam sekelip mata semua terbakar. Setelah empat tahun berniaga, hari ini semunya hangus sekelip mata," katanya yang tidak tahu apakah perancangan seterusnya.

Sementara itu, Zubaidah berkata, ketika kejadian dia sedang memasak kuah sate, bagaimanapun belakangnya terasa panas secara tiba-tiba.

Menurutnya, ketika itu dia nampak api dan terus berlari keluar menyelamatkan diri serta mencari anak bongsu daripada lima anaknya.

"Saya mencari anak bongsu saya, Norfadilah Ismail, 4, saya sangka dia berada di dalam kedai, tetapi sebaik keluar saya ternampak dia berada di luar kedai dan gembira sebab dia selamat," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, warga emas yang juga pemilik ketiga-tiga kedai yang terbakar, Rohanah@Siti Hawa Che Daud, 62, berkata dia tidak diberitahu tentang kebakaran kedai yang disewa sejak 30 tahun itu.

Menurutnya, ketika itu dia berada di pondok berhampiran tempat kejadian.

"Saya dimaklumkan tentang kebakaran tetapi tidak mengetahui rumah siapa yang terbakar sehinggalah saya balik dan menantu memaklumkan kedai saya terbakar.

"Saya tidak tahu macam mana nak cari rezeki selepas ini kerana kedai itulah punca rezeki kami sejak 30 tahun lalu," katanya.

Rohanah @Siti Hawa berkata, salah sebuah kedai tersebut baru sahaja siap dibaik pulih beberapa hari lalu.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.11 petang dan bergegas ke tempat kejadian menggunakan dua jentera.

"Kerugian dianggarkan RM66,000 melibatkan sebuah kedai makan yang hangus 100 peratus manakala rumah kedai bersebelahannya mengalami kerosakan 70 peratus dan rumah kedai ketiga hanya mengalami kerosakan di bahagian bumbung.

"Seramai tujuh anggota berusaha memadamkan kebakaran melibatkan satu kedai makan setingkat dan dua rumah kedai dua tingkat dalam masa 24 minit dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved