Isnin, 26 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Jangan mudah jual tanah

Posted: 25 Sep 2011 05:00 PM PDT

Jangan mudah jual tanah KUANTAN - Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah terutama Cherating, Sungai Ular dan Balok dinasihatkan jangan membuat keputusan melulu sehingga menjual tanah milik mereka kerana terpengaruh dengan isu mengenai pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng di sini.

Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof, berkata penduduk atau pemilik hartanah tidak perlu menjual harta mereka kepada orang ketiga yang cuba mengambil kesempatan membeli dengan harga jauh lebih murah.

Menurutnya, perkara sama pernah terjadi pada awal 1980an ketika BASF Petronas dan beberapa kilang minyak dan gas mula beroperasi di kawasan perindustrian Gebeng.

"Ketika kilang-kilang ini hendak dibangunkan, parti pembangkang mula mempolitikkan isu radioaktif sehingga ada penduduk yang kurang arif mengenai perkara itu sanggup menjual harta benda mereka pada harga murah kepada pihak ketiga.

"Bagaimanapun, apabila isu ini (radisasi) tidak timbul, pihak ketiga terbabit kembali mengambil kesempatan menjual hartanah pada harga yang berlipat ganda sehingga menjejaskan peluang penduduk tempatan memiliki harta mereka semula," katanya.

Beliau ditemui pada Jamuan Aidilfitri dan Majlis Persaraan Guru al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) Hiyati Abdullah, 60 di Sekolah Agama Masjid Jamek, Beserah.

Menurutnya, sikap mereka yang suka mendengar agenda negatif pembangkang tidak akan berakhir jika diri sendiri masih tidak terbuka untuk menilai kebenaran yang di bawa kerajaan.

"Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang, parti ini sudah tidak mempunyai isu untuk diketengahkan bagi mengaburi mata penduduk.

"Justeru, saya mahu penduduk di kawasan ini dan juga berdekatan berfikir dengan sedalam-dalamnya keputusan untuk menjual hartanah kepada pihak ketiga sebelum menyesal di kemudian hari," katanya.

Dalam pada itu mengulas perkembangan isu tersebut, beliau berkata, penduduk perlu akur dan menerima keputusan pembinaan kilang itu adalah selamat serta memberi faedah kepada rakyat.

"Saya ada menerima laporan mengatakan ada penduduk yang ingin menjual hartanah mereka kerana terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang tetapi saya nasihatkan mereka supaya tidak berbuat demikian," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved