Isnin, 19 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Polis cari suspek samun

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

Polis cari suspek samun KUALA TERENGGANU - Polis kini mencari seorang lagi suspek kes samun sebuah kedai runcit hingga mengakibatkan pemilik kedai dan anak perem-puannya cedera dalam kejadian di Kampung Kuala Bekah, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa berkata, identiti suspek yang berjaya melarikan diri itu sudah dikenal pasti dan kini pihaknya dalam usaha menjejakinya.

"Identiti suspek sudah dikenal pasti sepenuhnya hasil soal siasat terhadap rakannya yang berjaya ditangkap oleh penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian.

"Kami akan melakukan siasatan sama ada kedua-dua suspek berkenaan turut terlibat dalam kes samun lain seumpama ini yang menyasarkan golo-ngan wanita warga emas sebagai mangsa mereka," katanya.

Beliau berkata demi-kian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat anggota, Inspektor Husaini Amir Mohd Noor yang cedera akibat kemalangan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Menurut Jamshah, bagaimanapun, pihaknya yakin dengan penangka-pan kedua-dua suspek itu nanti dapat membantu menyelesaikan beberapa kes jenayah samun yang berlaku di sekitar Kuala Terengganu sebelum ini.

Sinar Harian kelua-ran Jumaat lalu menyiarkan cubaan dua penjenayah yang cuba merompak sebuah kedai runcit gagal apabila seorang daripada mereka mengalami kecederaan ketika bergelut dalam usaha melarikan diri di Kampung Kuala Bekah, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa Rohani Sulung, 48, telah didatangi suspek berumur 32 tahun itu yang berpura-pura ingin membeli barang di kedainya.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa tergamam seketika apabila suspek bertindak di luar jangkaan dengan mengacukan sebilah pisau ke arahnya sambil mengarahkan agar mangsa mengikut apa sahaja arahannya.

Terkejut dengan tinda-kan suspek itu, mangsa terus menjerit meminta tolong dan dia bernasib baik kerana jeritannya itu didengari anak perem-puannya, Nur Fatihah Mohd Bidin, 22, yang ketika itu turut berada di dalam kedai berkenaan.

Tergamam melihat keadaan ibunya yang berhadapan dengan maut itu, Nur Fatihah mendapatkan bantuan sepupu lelakinya selepas cubaan untuk membantu ibu gagal.

Selepas berlaku pergelutan selama beberapa minit, suspek berjaya ditahan oleh anak saudara mangsa dengan bantuan orang kampung yang melihat kejadian itu manakala rakan suspek yang sedang menunggu di atas motosikal berhampiran kedai berjaya melarikan diri.

Dalam pergelutan itu, mangsa dipercayai me-ngalami kecederaan di kepala akibat dipukul dengan topi keledar, badan dan cedera di tangan kiri dipercayai terkena pisau yang digunakan suspek, manakala anak perempuan mangsa pula mengalami luka di jari tangan kiri dan mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved