Khamis, 8 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Harga ayam naik mendadak

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Harga ayam naik mendadak KUALA ROMPIN – Harga ayam standard di Pasar Awam Kuala Rompin mula dijual pada harga RM 8.80 sekilogram berbanding RM7.20 sekilogram selepas berakhirnya Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa, semalam.

Kenaikan mendadak sebanyak RM1.60 itu sudah dijangka hingga mengundang rungutan dalam kalangan pengguna yang terpaksa membeli ayam jauh lebih mahal berbanding ketika harga kawalan dikuatkuasakan kerajaan bermula 23 Ogos lalu.

Seorang pengguna, Abdullah Hasyim, 62, berkata, kenaikan harga ayam sudah tentu membebankan pengguna memandangkan barangan keperluan asas itu amat diperlukan pada musim perayaan ini.

"Harga ayam dijual jauh lebih tinggi berbanding kebiasaannya dan keadaan ini sudah tentu menggusarkan kami yang selama ini dihimpit dengan kos kenaikan harga barang," katanya.

Abdullah berkata, kenaikan harga barangan keperluan itu menyebabkan dia tiada pilihan lain melainkan terpaksa juga membeli ayam bagi meraikan Aidilfitri yang disambut setahun sekali itu.

"Mahu tidak mahu kami (pengguna) terpaksa juga membeli ayam dengan harga tinggi kerana pada musim perayaan ini banyak rumah terbuka dan sebagainya bagi meraikan tetamu yang datang ke rumah," katanya.

Saidi Ali, 53, berkata, kesan kenaikan harga barangan bukan hanya pada harga kawalan seperti ayam saja, malah barangan keperluan laut seperti ikan, udang dan sotong juga dipercayai naik mendadak.

"Dahulu, jika bawa RM50 sudah boleh borong banyak barang di pasar, namun hakikat itu tidak sama dengan keadaan sekarang apatah lagi dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang makin meningkat," katanya.

Khairuddin Ngah, 41, berkata, pengguna seharusnya bijak menggunakan 'kuasa beli' yang ada pada mereka supaya tidak membeli barangan keperluan yang dijual pada harga tinggi hingga membebankan pengguna.

"Sebagai pengguna kita perlu gunakan kuasa yang ada pada kita dalam menentukan sama ada barangan itu mahu dibeli atau tidak kerana kita adalah kuasa besar dalam pasaran," katanya.

Peniaga ayam, Khairul Azhar Syed Abdul Aziz, 36, berkata, peniaga tiada pilihan lain melainkan terpaksa menaikkan harga ayam berikutan membeli ayam hidup yang tinggi daripada pembekal.

"Harga ayam hidup biasanya dijual pembekal pada harga RM5.50, tetapi bermula semalam (kelmarin) harga ayam hidup dijual RM6.50, jadi kami tiada pilihan selain menaikkan harga ayam selepas skim kawalan berakhir," katanya.

Khairul Azhar berkata, harga ayam yang dijual itu adalah sama dengan harga sebelum skim kawalan harga dikuatkuasakan, namun tidak menolak kemungkinan harga itu akan naik pada masa akan datang.

"Harga naik atau turun bergantung kepada pembekal, jika harga ayam hidup dari pembekal naik, maka harga ayam standard yang dijual kepada pengguna juga akan naik," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved