Selasa, 6 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Maut akibat senapang jatuh

Posted: 05 Sep 2011 05:00 PM PDT

Maut akibat senapang jatuh TIKAM BATU - Seorang lelaki menemui ajal di atas motosikal yang ditunggangnya dalam keadaan tertonggeng akibat terkena peluru dari senapang patah milik rakannya ketika mahu pulang dari ladang kelapa sawit di Kampung Teluk Wang Besar, Tikam Batu, tengah malam kelmarin.

Mangsa, Lim Boon Thong, 47, dari Taman Nilam, Sungai Petani, dikatakan dalam perjalanan pulang dari memburu kira-kira jam 12.30 tengah malam bersama seorang lagi rakan berusia 50-an.

Dia terkena peluru dari senjata itu yang menembusi dada menyebabkannya mati di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Ong Aik Cheang berkata, kedua-dua rakan itu bagaimanapun mahu pulang sebelum berhenti seketika apabila rakan mangsa yang membonceng di belakang turun dari motosikal kerana ingin memotong daun yang terdapat di situ.

"Senapang patah milik rakan mangsa kemudian diserahkan kepada mangsa untuk dijaga seketika sebelum rakannya pergi melakukan tugas itu," katanya kepada :Sinar Harian: semalam.

Menurutnya, sebaik sahaja meninggalkan mangsa, senapang patah itu terjatuh dan berkemungkinan ia mengenai enjin motor atau permukaan tanah sehingga menyebabkan berlakunya letupan.

"Senapang patah itu dipercayai melepaskan tembakan secara sendiri ke arah mangsa yang menembusi dadanya dan dia disahkan meninggal dunia sejurus selepas kejadian," katanya.

Menurutnya, rakan mangsa ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat bawah Seksyen 304A menyebabkan kematian dengan cuai.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved