Ahad, 18 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Aksi berani bawa maut

Posted: 17 Sep 2011 05:00 PM PDT

Aksi berani bawa maut

KUALA TERENGGANU - Tindakan berani tiga sahabat yang masih ingin menunjukkan aksi bahaya ketika menunggang motosikal walaupun dalam keadaan jalan raya sesak mengundang padah setelah salah seorang daripada mereka maut selepas merempuh sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan dalam satu kejadian di hadapan Flat Polis Padang Hiliran, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa, Muhammad Nasri Remeli, 20, dari Kampung Bukit Perpat, Marang maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian badan, termasuk pecah tempurung kepala, patah paha dan kaki kiri.

Menurut bapa saudara mangsa, Abdul Wahab Zainal Abidin, 46, mangsa yang merupakan anak yatim piatu itu difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Marang selepas selesai menjamu selera bersama rakannya itu di pusat peranginan Pantai Batu Burok, di sini.

"Saya difahamkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C-70 bersama dua lagi rakannya itu dari arah jalan Sultan Muhammad memecut motosikal dengan mengambil laluan tengah dan dihimpit sebuah kenderaan tidak dikenali ke kiri jalan, sebelum gagal mengawal motosikalnya," katanya.

Katanya, berikutan itu, mangsa merempuh sebuah kereta jenis Proton Pesona milik seorang kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang diletakkan di bahu jalan lalu terperosok ke bawah kereta berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Terengganu, Asisten Superintenden Khazahari Che Mat ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian dan menjelaskan motosikal serta kereta terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved