Isnin, 26 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Cemburu motif pembunuhan

Posted: 25 Sep 2011 05:00 PM PDT

Cemburu motif pembunuhan SUNGAI PETANI - Pembunuhan seorang lelaki dalam bilik di sebuah hotel di sini minggu lalu dipercayai berpunca daripada perasan cemburu terhadap mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, setakat ini siasatan mendapati motif pembunuhan dipercayai akibat cemburu kerana mangsa mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang merupakan teman wanita kepada salah seorang suspek yang ditahan kelmarin.

Beliau berkata wanita itu yang turut menjadi salah seorang suspek ditahan bersama dua lelaki di Pulau Pinang dalam dua serbuan yang dilakukan oleh polis Kedah.

"Hasil siasatan membawa sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah membuat tiga tangkapan ke atas dua suspek lelaki dan seorang wanita di dua tempat berasingan di Pulau Pinang.

"Kesemua suspek warga tempatan itu berusia antara 28 hingga 32 tahun. Dua daripadanya tidak mempunyai pekerjaan dan seorang lagi bekerja sebagai pengawal keselamatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda semalam.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali.

Mereka kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan kes pembunuhan yang berlaku pada 20 September lalu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain tangkapan, polis memeriksa kereta milik salah seorang suspek dan menemui sepucuk pistol jenis Beretta dan enam peluru di dalam magazin dan satu di dalam laras serta sebilah pedang samurai bersarung.

"Pemeriksaan ke atas kenderaan milik suspek jenis Peugeot 308 berwarna putih mendapati ia dicuri di Lembah Klang.

"Dengan tangkapan ketiga-tiga suspek ini, polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan di hotel berkenaan," katanya.

Mohd Zakaria berkata, beberapa telefon bimbit turut ditemui daripada semua suspek berkenaan selain kad pengenalan dan pasport milik individu lain.

Terdahulu, Sinar Harian pada 21 dan 22 September lalu melaporkan mengenai kes bunuh membabitkan seorang kontraktor, Mohd Nasir Isahak, 35, yang ditemui mati di sebuah bilik hotel di Taman Sejati dengan tangan dan kaki diikat serta kesan berlumuran darah di kepala.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved