Rabu, 28 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Penantian ibu berakhir

Posted: 27 Sep 2011 05:00 PM PDT

Penantian ibu berakhir KUANTAN - Penguasa Penjara Penor dan Kerajaan Malaysia diperintah membayar ganti rugi berjumlah hampir RM600,000 kepada seorang ibu, Rohani Mohamed, 53, yang kehilangan anak akibat dibelasah dengan teruk 10 warden di Penjara Penor kira-kira enam tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Mariana Yusof di dalam kamarnya semalam selepas meneliti rumusan hujahah yang dikemukakan peguam plaintif, G Visvanathan Nair mewakili wanita itu dan suaminya, Mohamed Mat Diah, 64.

Dalam penghakimannya, Mariana berkata, perbuatan yang dilakukan defendan adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan sehingga menyebabkan kematian seorang tahanan reman, Mohd Shukri Mohamed Yusof.

Beliau kemudiannya mengarahkan 10 warden terbabit, Penguasa Penjara Penor dan Kerajaan Malaysia membayar sejumlah RM500,000 sebagai ganti rugi teruk.

Pada masa yang sama, defendan juga diperintahkan membayar ganti rugi kehilangan tanggungan RM86,400, kos urusan pengebumian RM3,000 dan kos mengeluarkan surat kuasa mentadbir RM1,500 kepada kedua-dua plaintif.

Plaintif turut diwakili G Subramanian Nair dan Ebrina Zubir, manakala defendan diwakili RS Pani dan Peguam Persekutuan, Kamal Azira mewakili Penjara Penor dan Kerajaan Malaysia.

Sepuluh defendan terbabit ialah Azhar Che Wil, Teyun Thian Em, Suhaimi Nordin, Mohamad Hamdan Mohd Yaakob, Ahmad Rizal Ab Halim, Ismail@Mat Daud Ideris, Hamdan Mohamad, Mohd Rozi Abdul Hamid, Baharin Ab Ghani dan Zamarul Hafiz Shahbudin.

Plaintif turut menamakan Penguasa Penjara Penor, Kuantan dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam kejadian pada 1 Mac 2004, Mohd Shukri ditahan reman di Penjara Penor kerana disyaki terbabit dengan kes berkaitan dadah.

Dia dikatakan cuba melarikan diri dari penjara tetapi berjaya ditangkap semula oleh pihak defendan pada kira-kira jam 4.45 petang hari yang sama.

Dalam kejadian itu, Mohd Shukri dipukul pihak defendan ketika dibawa ke Zon Nenas berdekatan kuaters penjara.

Dia juga dibelasah ketika dibawa ke padang bola, pintu besar penjara dan lokap di bilik Unit Keselamatan Penjara.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke wad rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kira-kira jam 7.44 pagi 10 Mac 2004.

Hasil laporan perubatan menunjukkan Mohd Shukri mengalami 25 kesan kecederaan pada seluruh anggota tubuhnya dan pendarahan dalaman termasuk bahagian otak, keretakan tulang muka dan abdomen.

Sementara itu, Rohani yang ditemui di luar pekarangan mahkamah bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan itu walaupun terpaksa menunggu sehingga enam tahun.

"Saya bukan inginkan ganti rugi ini kerana nyawa anak saya tidak dapat diganti dengan wang ringgit tetapi apa yang lebih penting ialah keadilan berjaya ditegakkan.

"Kejadian yang berlaku seharusnya menjadi teladan kepada pihak penjara bahawa mereka tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan kehilangan nyawa," katanya.

Dia reda dengan segala yang berlaku tetapi kejadian itu (kematian anaknya) sepatutnya dapat dielakkan jika semua pihak menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Suri rumah berkata, beliau sanggup mengambil risiko menyaman kerajaan kerana percaya kepada sistem perundangan negara yang memberi keadilan kepada yang teraniaya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved