Khamis, 29 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Suami isteri mati ditetak

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

Suami isteri mati ditetak BATANG KALI - Kejam! Mungkin itu situasi paling sesuai menggambarkan keadaan sepasang suami isteri yang ditemui mati berlumuran darah dengan beberapa kesan tetakan pada leher, kepala dan tangan dipercayai dibunuh.

Mayat L Ramasandram, 57, dan isterinya, A Bakiam, 51 yang bekerja sebagai penoreh getah ditemui dalam keadaan terlentang bersama motosikal dan peralatan menoreh di Jalan Kebun Getah Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, berdasarkan maklumat awal, penemuan mayat mangsa dilaporkan kira-kira jam 5.40 pagi oleh seorang rakan mangsa yang dalam perjalanan pergi menoreh di kebun itu.

Menurutnya, kedua-dua mayat ditemui dalam keadaan terlentang itu mempunyai kesan tetakan di leher, jari dan kepala sementara pergelangan tangan hampir putus.

"Kita masih tidak dapat mengenal pasti motif pembunuhan, siasatan awal mendapati kes ini tiada kaitan dengan samun kerana barang kemas seperti subang dan telefon bimbit masih berada pada mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Norel berkata, pasangan itu tinggal di Rumah Murah Batu 30, di sini dan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke kebun getah untuk menoreh.

Menurutnya, buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan rapi termasuk waktu sebenar mangsa keluar dari rumah.

"Sudah menjadi rutin mereka pergi menoreh di kebun getah yang terletak lebih kurang dua kilometer dari rumah.

"Kita menerima maklumat daripada rakan mangsa yang melalui kawasan itu dan memaklumkan mengenai penemuan mayat kepada polis kira-kira jam 5.40 pagi," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan penjenayah berkenaan menanti kehadiran mangsa di lokasi kejadian sebelum bertindak membunuh.

Menurutnya, setakat ini, polis tidak menemui sebarang senjata yang boleh dikaitkan dengan kes.

"Kita percaya, dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Forensik, bahan bukti kes akan ditemui," katanya.

Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, suasana sedih mengerumuni lokasi kejadian kedua-dua mangsa ditemui, ahli keluarg mangsa yang tiba kelihatan sungul.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved