Rabu, 28 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Cetakan ayat al-Quran dibuang

Posted: 27 Sep 2011 05:00 PM PDT

Cetakan ayat al-Quran dibuang ALOR SETAR - Penemuan dua guni berwarna putih mengandungi ayat al-Quran mengejutkan pemilik sebuah kilang percetakan yang terletak di Kawasan Perindustrian Mergong 2, Isnin lalu kira-kira jam 6 petang.

Pengurus Pemasaran Percetakan Siaran Sdn Bhd, Abdul Basidh Abdul Wahid berkata, bungkusan itu ditemui semasa beliau ingin mengunci pintu pagar bahagian belakang setelah tamat operasi.

Menurutnya, apabila diperiksa guni yang diletakkan berhampiran pintu pagar itu, beliau mendapati terdapat cetakan surah Yasin, doa, zikir dan buku panduan solat di dalamnya.

"Berdasarkan kertas yang mereka gunakan untuk mencetak ayat al-Quran itu saya mendapati ia seolah-olah dicetak oleh kilang percetakan.

"Mungkin mereka mahu melupuskannya namun tidak mempunyai tempat pelupusan dan mereka bertindak untuk membuang di sini," katanya kepada media ketika ditemui di kilangnya.

Abdul Basidh berkata, bukan mudah untuk melupuskan kertas yang mengandungi ayat al-Quran kerana ia perlu dilakukan mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan bagi memastikan ayat pada al-Quran itu terpelihara.

Beliau berkata, pihak yang tidak bertanggungjawab itu mungkin sebuah kilang percetakan yang beroperasi secara haram dan mahu melepas tangan dengan membuang ayat al-Quran di kilangnya.

Menurutnya, tindakan yang dilakukan oleh pihak berkenaan dilihat tidak bertanggungjawab dan ia seolah-olah menghina agama Islam.

"Jika mereka mahu syarikat kami melupuskan ayat al-Quran itu, kita boleh melakukannya tetapi biar dengan cara yang betul dan berbincang terlebih dahulu.

"Jangan membuang begitu sahaja ayat al-Quran ini kerana ia perlu dipelihara dengan baik," katanya.

Abdul Basidh berkata, laporan kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kelmarin.

Beliau berkata, pihak KDN sudah mengambil sampel helaian ayat al-Quran itu, semalam kira-kira jam 10 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkenaan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved