Jumaat, 23 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Hudud: Pusat kena tegas

Posted: 22 Sep 2011 05:00 PM PDT

Hudud: Pusat kena tegas ALOR SETAR - Kerjasama Gerakan dengan Umno mungkin tidak dapat dipertahankan jika hudud dilaksanakan di negara ini.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata, penyertaan Gerakan dalam Barisan Nasional (BN) adalah untuk menjaga kepentingan semua kaum, terutama bukan Islam.

"Ini pandangan Gerakan, namun saya yakin ianya tidak akan berlaku. Takkan kerajaan BN akan buat sesuatu yang boleh jejaskan kepentingan dan kerjasama pelbagai kaum yang dinikmati sejak 54 tahun lalu," katanya.

Keng Liang berkata, seharusnya tidak ada paksaan bagi seseorang untuk menerima undang-undang agama lain.

"Ini yang kami pegang. Bukankah hudud sebahagian daripada undang-undang jenayah. Kita sudah ada undang-undang itu, mengapa mahu buat perubahan drastik?" katanya.

Jika Pas berdegil mahu laksanakan juga, katanya, parti itu perlu memperincikan undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan supaya orang bukan Islam dapat memahami secara lebih jelas cadangan itu.

Menurutnya, pihaknya mahu tahu sama ada undang-undang itu sama seperti di Arab Saudi, Iran ataupun Afghanistan.

"Saya bimbang, motif Pas hanya untuk kepentingan politik saja," katanya.

Dalam pada itu, Keng Liang berkata, Kerajaan Pusat perlu tegas dalam menentukan sama ada Kelantan dibenarkan melaksanakan hukum hudud kerana tidak ada di dunia yang mengamalkan dua sistem perundangan berbeza secara serentak.

Menurutnya, agak mustahil untuk mengguna pakai dua jenis undang-undang jenayah dalam sistem perundangan negara, walaupun ada pendapat mengatakan ianya hanya tertakluk pada orang Islam.

"Undang-undang syariah sudah memadai untuk orang Islam. Manakala undang-undang jenayah dirujuk pada undang-undang sedia ada. Persetujuan yang dicapai antara parti komponen Barisan Nasional (BN) ini tak jejaskan kepentingan bukan Islam, tetapi jika mahu laksana hudud, sistem perundangan negara perlu dirombak," katanya.

Malah katanya, sekiranya ada pihak bertegas mahu melaksanakan hudud, mereka perlu merujuk kepada perlembagaan negara supaya tidak mencabuli peruntukan sedia ada.

Keng Liang berkata, Pemuda Gerakan Kedah menyokong sepenuhnya kenyataan Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang menegaskan parti itu akan menolak sebarang usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana bertentangan dengan struktur asas Persekutuan dan perlembagaan.

Tambahan pula, katanya, pelaksanaan hudud melanggar perlembagaan dan pihak yang bertegas mahu hudud dilaksanakan diminta meneliti perlembagaan sedia ada.

Keng Liang juga mempertikai pandangan yang mengatakan hudud hanya tertakluk pada orang Islam, kerana sekiranya sudah diwartakan sebagai undang-undang, ia bermakna terpakai untuk semua.

"Tak mungkin terpakai pada orang Islam sahaja. Semua pihak perlu faham sistem mahkamah. Saya setuju kenyataan Karpal Singh yang menolak hudud. Beliau seorang peguam, tahu sistem perundangan di sesebuah negara. Tidak ada dua jenis undang-undang terpakai pada sebahagian rakyat sahaja," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved