Jumaat, 23 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Taktik baru gores dan menang

Posted: 22 Sep 2011 05:00 PM PDT

Taktik baru gores dan menang KUANTAN - Seorang peniaga kerugian RM8,900 setelah ditipu sebuah syarikat gores dan menang kira-kira seminggu selepas umat Islam menyambut Ramadan lalu.

Kamariah Derahman, 45, terpaksa berputih mata setelah wang hasil jualannya hangus begitu sahaja ditipu syarikat itu yang berjanji untuk memulangkan wang tersebut apabila selesai mencatat no siri wang berkenaan.

"Dua ejen syarikat itu menemui saya ketika di tempat letak kereta di sebuah pasar raya dan memberikan satu kupon kepada saya.

"Saya membuka kupon itu dan diberitahu mendapat hadiah percuma iaitu dapur elektrik kemudian menawarkan hadiah- hadiah lain seperti kereta mewah dan pakej pelancongan," katanya ketika ditemui di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.

Dia kemudiannya menolak hadiah tersebut namun setelah diberitahu bahawa tiada bayaran dikenakan dan dia dipujuk untuk mengeluarkan wang tunai dari bank.

Ibu kepada enam anak itu tidak mempercayai kedua-dua ejen tersebut dan berpura-pura tidak mempunyai wang dalam simpanannya.

"Mereka menyuruh saya membayar RM8,900 sebagai bayaran cukai kerajaan namun saya berpura-pura tiada wang sedangkan ketika itu saya mempunyai wang sebanyak RM10,000 di dalam kereta.

"Akibat desakan dan tekanan daripada mereka saya terpaksa menyerahkan wang itu setelah mereka berjanji akan menyerah balik wang tersebut selepas dicatat nombor siri wang tersebut," katanya.

Menurutnya, kedua-dua ejen syarikat itu kemudiannya enggan menyerahkan kembali wang tersebut tetapi sebaliknya memberitahu dia memenangi dua buah tilam jed.

"Puas merayu supaya mereka pulangkan wang tersebut, tetapi mereka tetap dengan keputusan dan menyuruh saya tidak melaporkan kepada pihak polis kerana mereka dipihak benar," katanya.

Kamariah kemudiannya berjaya dalam tuntutannya dan Presiden TTPM, Hasnah Haron mengarahkan syarikat tersebut supaya memulangkan semula wangnya dalam tempoh 14 hari.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved