Selasa, 6 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

5 dulang lesap

Posted: 05 Sep 2011 05:00 PM PDT

5 dulang lesap KAJANG – Empat lelaki bersenjatakan dua objek menyerupai pistol dan satu tukul besi hanya mengambil masa 5 minit untuk melarikan lima dulang emas dalam kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Besar, Kajang, semalam.

Kesemua suspek yang memakai topi keledar penuh dan jaket hitam berusia lingkungan 30-an melarikan diri menggunakan dua buah motosikal yang diletakkan berhampiran kedai emas berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Azman Ayob berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.45 petang apabila tiga suspek berkenaan yang berpakaian topi keledar penuh dan jaket hitam memasuki kedai emas berkenaan.

"Semasa kejadian terdapat tujuh pelanggan di premis berkenaan, apabila tiga suspek bertindak meluru masuk ke dalam premis dan mengacukan dua objek menyerupai pistol manakala seorang lagi menggunakan tukul besi sebelum memecahkan cermin tempat penyimpanan barang kemas.

"Salah seorang lagi suspek hanya menunggu dengan motosikal di luar premis berkenaan dan mereka mengambil masa kira-kira lima minit untuk beredar melarikan diri menggunakan dua buah motosikal bersama barangan kemas ke arah Sungai Chua, Kajang", katanya ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan lanjut serta menegaskan gerakan mencari kesemua suspek berkenaan berusia lingkungan 30-an akan dilaksanakan.

"Berdasarkan maklumat awal pemilik memaklumkan kehilangan lima dulang barang kemas akibat kejadian berkenaan dan siasatan lanjut akan dilakukan serta menegaskan premis berkenaan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian bolehlah menghubungi Balai Polis Daerah Kajang di talian 03-87362222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved