Jumaat, 30 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Polis buru suspek kes bunuh

Posted: 29 Sep 2011 05:00 PM PDT

Polis buru suspek kes bunuh KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang koma sejak 12 hari lalu selepas dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai berpunca masalah hutang, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, Selasa lalu.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.05 malam selepas mengalami kecederaan serius pada kepala akibat dipukul menggunakan sebatang kayu dalam satu kejadian di kawasan Kilang Baja, Kampung Batangan, Marang, 15 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi, ketika mangsa bersama dua lagi rakannya pergi ke Kilang Baja, Kampung Batangan, Marang untuk bertemu rakannya iaitu Muhammad Shahrin Roslan (suspek utama) difahamkan untuk berbincang masalah hutang.

"Sampai di tempat kejadian, dua rakan mangsa telah masuk ke dalam rumah pengawal di kilang itu, dan berlaku pergaduhan dengan empat rakan suspek utama yang berada dalam rumah pengawal itu.

"Mangsa yang berada di luar rumah pengawal telah diserang dan dipukul oleh suspek utama di kepala dengan sebatang besi," katanya dalam satu sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.

Manoharan berkata, tujuh hingga lapan orang dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu dan sehingga kini empat daripadanya telah berjaya ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Bagaimanapun, tiga daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan selepas diambil keterangan dan hari ini (semalam), kami berjaya menahan seorang lagi suspek yang dipercayai dapat membantu siasatan untuk menjejaki suspek utama kejadian," katanya.

Menurutnya, identiti tiga suspek utama yang dipercayai dapat membantu siasatan sudah dikenal pasti iaitu Saiful Azizul Che Ali (Kecik Abang), 26, beralamat di belakang surau baru kampung Gong Merawang, Marang, Muhammad Shahrin Roslan (Ayin), 24, beralamat di F1/71 RAKR Desa Permai Seberang Marang dan Amzul Jusoh (Mezol), 39, beralamat di Kampung Rhu Muda.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya menyeru dan menggesa orang ramai atau mana-mana pihak yang mengenali atau mengetahui suspek-suspek itu supaya berhubung dengan balai polis terdekat, atau hubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Marang menerusi talian 09-6182222 atau Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintenden Mohd Adli Mat Daud menerusi talian 013-4398633.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved