Selasa, 20 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Wanita parah dirempuh motosikal

Posted: 19 Sep 2011 05:00 PM PDT

Wanita parah dirempuh motosikal KOTA BHARU- Gara-gara melarikan diri daripada polis, seorang lelaki bertindak merempuh seorang warga emas sehingga wanita tersebut cedera parah dalam kejadian di Kampung Nipah, Bachok, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa Dawiah Hussin, 55, patah tangan dan kaki kanan selepas tercampak daripada motosikalnya sebaik dirempuh seorang lelaki bermotosikal itu.

Dawiah yang juga seorang tukang masak asrama di Maahad Tahfiz Sains Cawangan Bachok, kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akibat kecederaan itu.

Dawiah berkata, kejadian berlaku ketika dia menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pulau Nipah, selepas tamat waktu bekerja.

"Ketika saya menunggang motosikal, saya ternampak sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki meluru ke arah saya dari arah bertentangan.

"Saya tidak sempat mengelak kerana motosikal itu terlalu laju sebelum merempuh motosikal saya. Selepas merempuh saya, saya juga ternampak, motosikal lelaki terbabit terus terpelanting ke belakang saya lalu melanggar motosikal yang dinaiki dua remaja perempuan," katanya ketika ditemui di HUSM semalam.

Mangsa yang juga ibu tunggal memberitahu, beberapa minit kemudian dia ternampak polis dan terus menahan lelaki terbabit.

Katanya, dengan bantuan orang ramai, dia dihantar ke HUSM dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Dawiah berkata, walaupun tangan dan kaki kanannya patah, dia tetap bersyukur kerana terselamat.

"Saya difahamkan oleh penduduk kampung, dua lagi mangsa yang terlibat dalam kejadian itu, kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

"Saya juga meminta agar polis mengenakan hukuman yang setimpal kepada lelaki terbabit di atas kesalahannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Rahim Che Ghani ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, dalam kejadian itu seorang lelaki yang berusia 29 tahun ditahan untuk siasatan lanjut dan selepas menjalani ujian saringan air kencing mendapati ianya positif dadah," kata Abdul Rahim.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved