Ahad, 11 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Fobia diancam penjenayah

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Fobia diancam penjenayah FAIR PARK - Penduduk di Arena Kepayang Putra, di sini, fobia dengan kekerapan kejadian pecah rumah dan kecurian membabitkan penjenayah sejak beberapa tahun lalu.

Seorang penduduk warga emas, A Andiyee, 64, yang sudah menetap di kawasan berkenaan sejak 11 tahun lalu berkata, setiap minggu sekurang-kurangnya sekali kejadian atau cubaan pecah rumah berlaku di kawasan perumahan yang mempunyai lebih 350 rumah itu.

Menurutnya, bukan setakat pecah rumah malahan kegiatan ragut dan maksiat turut berlaku di taman perumahan ini.

"Malahan, saya sendiri pernah diragut oleh dua lelaki yang menaiki motosikal ketika sedang sibuk membersihkan pokok dalam kejadian dua minggu lalu pada jam 4.30 petang.

"Padahal pada masa itu, terdapat sekumpulan kanak-kanak bermain bola sepak di padang hadapan rumah namun penjenayah terbabit nekad melakukannya tanpa perasaan takut," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Manakala, seorang lagi penduduk, Jazmin Hezleen Jamaluddin, 21, sentiasa berasa bimbang setiap kali mahu meninggalkan rumah sewanya.

Jazmin yang juga pelajar sebuah kolej perubatan di sini berkata ramai dalam kalangan pelajar tinggal di kawasan perumahan ini memandangkan ia terletak berhampiran dengan tempat belajar mereka.

"Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini kejadian kecurian dan ragut semakin menjadi-jadi menyebabkan kami takut untuk keluar rumah terutamanya pada waktu malam.

"Selain itu, salah seorang rakan kami juga telah menjadi mangsa ragut beberapa hari sebelum perayaan Aidilfitri," katanya.

Menurutnya, rakannya itu turut diacukan parang di leher oleh penjenayah terbabit namun bernasib baik kerana tiada kejadian buruk yang menimpa.

Kebimbangan itu turut diluahkan seorang lagi pelajar, Nadia Kamal, 21, yang beberapa kali mendengar kejadian samun dan ragut di sekitar perumahan berkenaan.

"Lebih memualkan padang permainan yang terletak di sini juga dijadikan 'port' maksiat bagi pasangan yang tidak bermoral memandangkan kawasan ini agak gelap kerana tiada lampu jalan.

"Oleh itu, kami pelajar perempuan mahupun lelaki menyeru agar pihak yang bertanggungjawab tampil untuk menyelesaikan masalah jenayah ini daripada terus berleluasa serta mengancam keselamatan penduduk," katanya.

Skim rondaan

akan diwujudkan

Ketua Perhubungan Rela Mukim Zon Ipoh Timur, Chang Kok Aun ketika ditemui semalam berkata, pihaknya akan membantu dari segi mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dalam kalangan Rukun Tetangga (RT) di kawasan ini.

Katanya, segala kelengkapan seperti 'vest', wisel dan belantan akan disediakan sebagai peralatan asas untuk anggota RT membuat rondaan mengikut masa yang ditetapkan.

"Jika penduduk bersetuju, skim ini akan berkuat kuasa serta merta supaya masalah jenayah dapat dikurangkan dengan segera," katanya.

Penduduk taman perumahan terbabit perlu berbincang supaya mengadakan rondaan secara berkumpulan setiap malam secara bergilir-gilir, kata Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah.

Dalam perkembangan sama, pihaknya sedang mengambil beberapa langkah keselamatan bagi mengatasi masalah itu.

Katanya, pasukan Rukun Tetangga yang terdiri daripada penduduk di taman perumahan itu akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat.

"Tumpuan ahli rukun tetangga itu adalah golongan muda bagi membolehkan usaha mengatasi masalah jenayah di kawasan itu dapat dilakukan dengan lebih berkesan," katanya.

Mohd Rawi juga akan meminta kerjasama polis supaya kerap mengadakan rondaan di kawasan perumahan itu.

"Sehubungan itu, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi membolehkan taman perumahan yang didiami selamat daripada ancaman penjenayah," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved