Khamis, 29 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

MB arah YB segera salur bantuan

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

MB arah YB segera salur bantuan KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri mengarahkan semua wakil rakyat di negeri ini mengenal pasti jumlah rumah yang terjejas terutama bahagian atap akibat ribut yang melanda di beberapa kawasan di negeri ini untuk menyalurkan bantuan dengan segera.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, berdasarkan keputusan dalam Mesyuarat Exco, semalam, Kerajaan Negeri bersedia menanggung kos pembaikian termasuk kerosakan atap yang banyak dilaporkan, selain mempertingkatkan peruntukan melalui bantuan am sekiranya diperlukan bagi memastikan keselesaan rakyat.

Menurutnya, buat masa ini, pihaknya sedang menunggu laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengetahui anggaran kos kerosakan terlibat.

"Kita sedang menunggu laporan daripada JKM, berapa kos sebenar terlibat dan kita minta kerosakan atap dibaiki segera.

"Kita minta wakil rakyat dan pegawai terlibat baiki segera," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, semalam.

Beliau berkata, berikutan bencana tersebut malam kelmarin, lebih 100 buah rumah mengalami kerosakan di sekitar Seberang Takir dan bandar raya Kuala Terengganu, selain bencana di kawasan lain yang berlaku sebelumnya seperti di Besut dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan kepada pihaknya setakat ini kecuali sebahagian besar kerosakan atap dan mengakui kerosakan tersebut paling serius melibatkan penduduk di Seberang Takir.

Beliau berkata, tindakan segera perlu diambil kerana tidak mahu rakyat terus dihimpit kesusahan memandangkan keadaan akan lebih sukar sekiranya ribut berulang.

Selain itu, Ahmad turut percaya, keadaan tersebut mungkin dipengaruhi perubahan cuaca sehingga ribut lebih kerap melanda beberapa kawasan di negeri ini berbanding tahun sebelumnya.

"Saya dapati tahun ini agak ketara sedikit. Biasa ribut berlaku di sebelah utara seperti Kedah dan Perlis tiap-tiap tahun tetapi di tempat kita jarang berlaku, kalau berlaku pun sekali dua sahaja dan akhir-akhir ini kerap sedikit berlaku. Mungkin perubahan cuaca seperti yang berlaku di Filipina," katanya.

» selanjutnya..

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved