Khamis, 29 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mata tersembul keluar

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

Mata tersembul keluar KULIM - Seorang penyelia syarikat pengangkutan, Vickneswadan Muniandy, 27, cedera parah diserang dua lelaki bersenjatakan parang di sebuah kedai makan di pekan ini kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Chng Seng Ann yang berada di tempat kejadian berkata, mangsa masuk ke kedai itu bersama dua rakannya kira-kira jam 9 malam.

Beliau berkata, tiba-tiba muncul tiga lelaki menunggang dua motosikal di hadapan restoran berkenaan sebelum menyerang mangsa.

"Dua daripada suspek masuk ke dalam kedai dan terus menetak mangsa yang ketika itu sedang minum.

"Melihatkan keadaan mangsa yang cedera parah di bahagian kepala, badan dan tangan, dua rakannya lari menyelamatkan diri ke Balai Polis Trafik Kulim yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala sehingga mengakibatkan mata kanannya terkeluar dilihat terbaring di lantai dalam keadaan berlumuran darah.

Selain mangsa, seorang pelanggan lain yang duduk di meja bersebelahan mangsa turut cedera di lengan dan dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kulim untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil walaupun kehilangan banyak darah.

Beliau berkata, Polis Cawangan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim sudah menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan dan sedang memburu rakannya yang lain.

"Kes ini akan disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kecederaan parah," katanya

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved