Selasa, 6 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Melepak di kafe siber

Posted: 05 Sep 2011 05:00 PM PDT

Melepak di kafe siber GUNUNG RAPAT – Terkejut kerana diserbu, seramai 27 pelajar sekolah menengah yang ponteng sekolah dan leka bermain permainan komputer di sebuah kafe siber di sini, lari lintang pukang apabila anggota polis menyerbu pusat itu semalam.

Serbuan dilakukan setelah menerima panggilan dari orang awam dan polis bertindak menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta.

Kafe siber itu terletak bersebelahan dengan Balai Polis Kampung Rapat diserbu kira-kira jam 10 pagi semalam.

Penyelia Hal Ehwal Murid PPD Kinta, Shahruddin Isa berkata, kesemua pelajar terbabit berusia 14 hingga 18 tahun itu dari sekolah berhampiran sekitar sini ditahan di beberapa tempat di kawasan ini.

Menurutnya, pelajar-pelajar berkenaan menukar seragam sekolah kepada pakaian biasa bagi mengaburi mata orang ramai sebelum memasuki kafe siber berkenaan.

"Ini merupakan tangkapan paling ramai ditahan pada tahun ini dan menjadikan kafe siber sebagai lokasi tumpuan untuk ponteng sekolah. Ada di antara mereka memberi alasan mengikuti rakan dan juga merasa bosan di sekolah.

"Pihak kami mengambil tindakan melaporkan kejadian ini kepada ibu bapa mereka sebelum menyerahkan kepada pihak sekolah untuk diambil tindakan. Tindakan mereka ini boleh menyebabkan mereka boleh dibuang sekolah," katanya kepada Sinar Harian di Balai Polis Kampung Rapat di sini, semalam.

Shahruddin berkata, ibu bapa digalakkan untuk membuat pemeriksaan mengejut di sekolah bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah.

"Ibu bapa perlu peka dengan pergerakan anak-anak seperti memastikan anak-anak betul-betul memasuki ke dalam kawasan pagar sekolah sebelum ke tempat kerja. Pelajar kini mudah mencari helah untuk menghabiskan wang yang diberi ibu bapa.

"Pemilik kedai juga harus memainkan peranan dengan menguatkuasakan undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Tempatan dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata," katanya.

Beliau turut meminta mana-mana pihak supaya menyalurkan maklumat kepada PPD mengenai gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar, selain bersama-sama menanganinya.

Sementara itu, tiga beradik berusia 14 hingga 17 tahun yang berasal dari Sungai Rokam antara yang ditahan dalam kejadian itu.

Ketika ditanya Sinar Harian, mereka hanya berdiam diri dan menyatakan bahawa mereka memang sudah dibuang sekolah setelah lama ponteng dengan pengetahuan ibu mereka. Malah mereka juga hanya merayau berhampiran kedai-kedai berhampiran setelah dilepaskan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved