Isnin, 5 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

“Saya takkan ziarah dia di penjara”

Posted: 04 Sep 2011 05:00 PM PDT

"Saya takkan ziarah dia di penjara" SURA GATE - "Saya takkan pergi tengok dia di penjara, saya takut nak jumpa dia, masih trauma dengan kejadian tempoh hari, buat masa ini biarlah saya tak jumpa dia,"kata Hasmah Kadmin, 46, ibu kepada Puteri Intan Shahwani, kanak-kanak yang nyaris dikelar leher oleh bapanya sendiri dalam satu kejadian di lebuhraya berdekatan Plaza Tol Bukit Besi, 22 Ogos lalu.

Hasmah yang kini bekerja sebagai pembantu kedai makan untuk menyara lima anaknya berkata, tragedi yang nyaris meragut nyawa salah seorang anak kembarnya itu membuatkan sambutan Aidilfitri kali ini agak hambar berbanding sebelumnya, apatah lagi mengenangkan tingkah laku anaknya Puteri yang dikatakan lebih banyak berdiam diri berbanding sebelumnya.

Hasmah berkata, buat masa ini dia terpaksa bersabar menghadapi dugaan itu dan bercadang untuk menjalani kehidupan seperti biasa, walaupun tanpa suami di sisi.

Katanya, sejak kejadian itu, dia tidak lagi mempunyai perasaan cinta terhadap suaminya dan sudah merujuk kes terbabit di Mahkamah Syariah untuk proses percaraian.

Ketika ditanya apakah sebab yang dipercayai menjadi punca perbuatan suaminya yang naik berang sehingga sanggup menyembelih anaknya sendiri Hasmah berkata perbuatan itu mungkin disebabkan tindakan suaminya mengambil dadah.

"Memang dia hisap dadah, saya rasa itulah puncanya, kepada isteri yang senasib dengan saya, berhati-hatilah, " katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang di satu lebuhraya berdekatan Bukit Besi, 22 ogos lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun nyaris menjadi korban setelah cuba disembelih bapanya sendiri dengan menggunakan sebilah parang.

Bagaimanapun mangsa yang mengalami kecederaan pada baha-gian leher akibat dikelar oleh bapanya yang dikatakan naik minyak itu berjaya diselamatkan dengan ban-tuan pihak polis dan orang awam.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved