Ahad, 25 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pinjam RM3,000, terpaksa bayar RM26,000

Posted: 24 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pinjam RM3,000, terpaksa bayar RM26,000 SHAH ALAM – Seorang aktivis bimbang keadaan rumahnya yang telah 19 hari ditinggalkan selepas tindakan ah long membaling cat dan merantai pintu pagar menuntut hutang yang kini mencecah RM26,000.

Mangsa, William Huee Thing Hoa berkata, dia khuatir jika ah long itu bertindak ganas dengan mengambil barangan berharga dalam rumahnya.

Menurutnya, ah long bertindak menyimbah cat selepas kegagalannya untuk membayar faedah pada waktu ditetapkan.

"Saya membuat laporan polis selepas rumah disimbah cat namun tindakan tersebut tidak menakutkan ah long sebaliknya bertindak lebih berani dengan merantai pintu pagar.

"Berikutan daripada peristiwa itu, sekali lagi saya cuba membuat laporan di Bukit Aman namun laporan tersebut tidak diterima kerana pernah membuat laporan sama di Dang Wangi," katanya.

William berkata, pada peringkat permulaan dia hanya meminjam RM3,000 tetapi menjadi RM26,000 dalam tempoh tiga minggu kerana kadar faedah yang tinggi iaitu RM1,000 untuk tempoh 10 hari.

"Mereka juga bijak mempengaruhi peminjam untuk membuat pinjaman daripada pemiutang lain untuk melangsaikan hutang terdahulu.

"Sehingga kini, saya telah meminjam wang daripada tujuh ah long namun masih belum berjaya melangsaikan hutang terdahulu dan hanya mampu untuk menampung bayaran faedah sahaja," katanya.

Menurutnya, dia berharap polis boleh bertindak pantas membanteras ah long yang semakin berleluasa kerana memberi ancaman kepada masyarakat.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved