Isnin, 5 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Culik, tembak dua remaja

Posted: 04 Sep 2011 05:00 PM PDT

Culik, tembak dua remaja MENGLEMBU – Tidak tahu punca. Ungkapan yang sesuai digunakan untuk menggambarkan sekumpulan empat lelaki yang menculik dan menembak dua remaja dalam kejadian berasingan di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, kumpulan penjenayah tersebut dikatakan menculik seorang lelaki berusia 21 tahun di restoran berhampiran hotel bajet di Menglembu.

Bagaimanapun, suspek membebaskan mangsa di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Petronas sebelum bertindak melepas tembakan ke arah seorang remaja di sebuah rumah di Taman Rishah mengakibatkan mangsa cedera sebelum membuat laporan polis jam 6.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim dalam kenyataannya berkata, dalam kejadian kedua kira-kira jam 2.15 pagi, kumpulan penjenayah terbabit melalui kawasan perumahan berkenaan sebelum bertindak melepaskan dua das tembakan ke arah seorang remaja berusia 18 tahun.

Menurutnya, suspek yang terdiri daripada empat lelaki berusia dalam lingkungan 20 ke 30-an bersenjatakan parang, kayu golf dan pistol.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di lengan kiri kini dirawat di Hospital Pakar Ipoh (KPJ-HPI)," katanya.

Dzuraidi turut mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian culik dan tembak membabitkan mangsa, seorang lelaki berumur 21 tahun di sebuah retoran, di sini.

Beliau berkata, belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api.

Sementara itu, saksi kejadian di Taman Rishah, G Ushanantini, 30, berkata, ketika kejadian berlaku mereka sedang meraikan ulang tahun kelahiran ibunya, M Marlayee, 58.

Katanya, ketika kejadian, dia sedang sibuk mengadakan permainan untuk tetamu dewasa dan kanak-kanak sebelum didatangi kumpulan penjenayah itu.

"Ketika itu, Goldan Francis, 18, bersama rakannya sedang berbual di luar sebelum sebuah kereta jenis Proton Iswara warna putih bernombor pendaftaran ACJ 352 berhenti di hadapan rumah.

"Mungkin Francis ingat mereka (penjenayah) ingin bertanyakan arah namun secara tiba-tiba seorang lelaki keluar daripada kereta dan mula melepaskan tembakan ke arah Francis," katanya ketika ditemui di rumah ibunya semalam.

Ushanantini berkata, selepas tembakan dilepaskan dua suspek lagi keluar daripada kereta bersenjatakan kayu golf dan parang memasuki perkarangan rumah serta bertindak ganas kepada mereka sekeluarga.

"Saya cepat-cepat lari masuk ke dalam namun salah seorang penjenayah memukul pintu cermin dengan kayu golf sehingga pecah. Ayah dan kakak saya yang membantu untuk menutup jeriji besi serta pintu cermin turut cedera di muka serta tangan kerana terkena serpihan cermin yang pecah.

"Bagaimanapun, selepas beberapa ketika ketiga-tiga lelaki terbabit terus melarikan diri dan kami segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu," katanya.

Menurutnya, rumah berkenaan sudah didiami lebih 10 tahun dan ia adalah kejadian pertama yang berlaku ke atas keluarga mereka.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved