Sabtu, 24 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pemancing dikhuatiri lemas

Posted: 23 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pemancing dikhuatiri lemas KAJANG – Rutin harian seorang lelaki berusia 31 tahun yang memancing di sungai berhampiran Tol Batu 11, dekat sini berakhir tragedi apabila mangsa dipercayai lemas dalam sungai berkenaan.

Mangsa, Ng Lee Thian yang masih belum berkahwin dan tinggal bersama bapanya di Taman Indah Batu 9, Cheras hanya disedari bapanya, Ng Yoke Seng selepas mangsa tidak pulang ke rumah sejak keluar memancing Rabu lalu.

Yoke Seng berkata, menjadi rutin harian anaknya keluar rumah untuk pergi memancing di sungai berkenaan dan akan pulang pada petangnya namun anaknya tidak pulang pada petang Rabu lalu.

"Bimbang anak lelaki tidak pulang ke rumah, saya pergi ke lokasi memancing dan terjumpa beberapa barangan milik anak yang ditinggalkan di tepi sungai berkenaan dan mula mensyaki kejadian buruk menimpanya.

"Sejurus selepas itu saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang," katanya yang ditemui tempat kejadian, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan gerakan mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilaksanakan.

"Usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang digerakkan secara bersepadu.

"Sehingga jam 3 petang ini, mangsa masih belum ditemui dan usaha berterusan akan dilaksanakan dari masa ke semasa," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved