Sabtu, 17 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Serbu rumah urus judi

Posted: 16 Sep 2011 05:00 PM PDT

Serbu rumah urus judi IPOH – Kelekaan sekumpulan penghuni rumah menguruskan pertaruhan judi terbantut apabila mereka diserbu polis di sebuah rumah di Taman Pinji Mewah dekat sini, sempena Ops Dadu (Loteri Awam Haram), lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, polis menahan seorang lelaki serta empat wanita sekitar lingkungan usia 24 hingga 43 tahun.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan berkata, serbuan yang turut disertai pegawai serta 17 anggota dari Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak itu turut merampas beberapa barangan seperti enam mesin faksimili, 141 helai kertas faksimili serta wang tunai berjumlah RM190,721.00.

"Semua mereka cuba melarikan diri, namun gagal apabila pihak polis bertindak pantas bagi menghalang sebarang usaha mereka untuk melepaskan diri.

"Kes berkenaan disiasat di bawah Sek. 4 A (a) Akta Rumah Judi Terbuka dan seterusnya akan di dakwa kerana disyaki menjalankan kegiatan perjudian Judi Loteri Awam Haram," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, operasi berkenaan bakal diteruskan di semua premis perjudian yang melibatkan kegiatan judi Loteri Awam Haram.

Katanya, orang awam juga diberi amaran agar tidak sesekali menjalankan kegiatan berkenaan di premis-premis milik mereka.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved