Ahad, 18 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Saya masih ahli Pas: Hasan

Posted: 17 Sep 2011 05:00 PM PDT

Saya masih ahli Pas: Hasan DAMANSARA - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali menafikan dakwaan beliau akan lompat parti dan menyertai Umno dalam masa terdekat.

Katanya, spekulasi yang tersebar di Internet itu tidak berasas dan sengaja ditimbulkan pihak tertentu bertujuan menjejaskan imejnya dan parti Pas.

"Saya ada terima kiriman sms termasuk pesanan di dalam blog saya beberapa hari kebelakangan ini yang mengatakan saya akan buat pengumuman untuk masuk Umno hari ini (semalam) tetapi perkara itu tidak benar dan kerana saya masih berada di dalam Pas dan tidak pernah berniat untuk letak jawatan dalam Pas seperti yang didakwa," katanya pada sidang media di kediamannya, semalam

Hasan berkata, beliau tidak pernah terlibat dengan Umno dan tidak pernah berniat untuk menyertai parti pemerintah itu.

"Saya tidak mengganggap spekulasi tersebut berniat jahat atau menimbulkan ketegangan di mana-mana pihak namun dengan penjelasan yang diberikan hari ini (semalam) ianya dapat menjawab segala khabar angin tersebut.

"Saya masih yakin dengan perjuangan Pas kerana saya masuk parti ini atas dua sebab iaitu kerana kepimpinan ulama hendak menegakkan negara Islam berlandaskan al-Quran, Sunnah, Ijmah dan Qias, jika itu tidak dijunjung lagi saya akan melihat semula perkara ini tetapi bukan hendak lompat dalam Umno,"katanya.

Beliau yang juga Exco Selangor menafikan dakwaan ada menerima tawaran untuk masuk ke dalam Umno serta pernah bertemu dengan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

"Saya tidak pernah bertemu dia (Hishammuddin) dan tidak ada lantik mana-mana pihak mewakili diri saya untuk terima tawaran daripada Umno kerana sesiapapun boleh buat dakwaan ini," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Pas Selangor mahu melantiknya semula sebagai ahli badan perhubungan negeri, Hasan berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut.

"Setakat ini saya tidak pernah terima sebarang surat tawaran daripada badan perhubungan Pas (Negeri), saya hanya diberitahu oleh kawan mengenainya (pelantikan semula) kerana ada dilaporkan di media. Saya profesional, kalau perlukan khidmat saya, buatlah secara rasmi," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved