Jumaat, 30 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Keluarga tawar RM50,000

Posted: 29 Sep 2011 05:00 PM PDT

Keluarga tawar RM50,000 JOHOR BAHRU – Keluarga mangsa bot karam, Peck Zhi Yi Keith menawarkan RM50,000 kepada mana-mana individu yang berjaya membawa pulang lelaki itu dengan selamat.

Adik ipar mangsa, Ailyn, 25, berkata, keluarganya yakin, Keith, 31, masih hidup dan berkemungkinan diselamatkan nelayan lain.

"Kami yakin Keith masih hidup, kerana beliau memakai jaket keselamatan dan kami menawarkan RM50,000 bagi mereka yang berjaya membawa pulang abang, hidup dan selamat.

"Saya juga tidak menolak kemungkinan Keith berada di luar dari perairan Malaysia kerana kedudukan lokasi kejadian yang dekat dengan perairan negara jiran," katanya yang dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Ailyn berkata, keluarga masih menanti perkhabaran baik, dan tidak berhenti berharap Keith akan bertemu kembali dengan isterinya Alison, 31.

Katanya, sekiranya ditakdirkan Keith meninggal dunia, keluarganya akan memberikan saguhati sebagai tanda penghargaan bagi mereka yang menemui mayat tersebut.

Keith merupakan antara dua mangsa yang dipercayai hilang selepas bot yang dinaiki tujuh kaki pancing dari Singapura serta tekong dan kru kapal warga tempatan dilanggar sebuah kapal tangki, pada kejadian jam 10 malam, 24 September lalu di kedudukan 40 batu nautika dari Perairan Pulau Aur, Mersing.

Kesemua penumpang dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan dan hanya memakai jaket tersebut setelah kejadian berlaku di mana telah diselamatkan oleh sebuah bot nelayan lain pada 25 September jam 5.45 petang di kedudukan 11.5 batu nautika dari Timur Pulau Aur.

Mereka yang terselamat ialah tekong, Roslan Husin, 29, kru kapal, Zainal Jol, 39, pemancing Singapura, Sim Hong Heng,40;Goh Kian Seng,45;Lim Kim Huat,39;Pang Way Sang,38 dan Pan Poh Loh,42.

Dalam laporan media asing sebelum ini melaporkan keluarga Keith menawarkan wang RM5,000 sebelum menaikkan tawaran wang tunai tersebut kepada RM10,000 jika dapat membawa pulang bapa kepada bayi berusia tujuh bulan tersebut dengan selamat.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved