Khamis, 29 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tak sempat lihat anak berjaya

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tak sempat lihat anak berjaya

KOTA BHARU - "Saya rasa ralat, bersalah dan sayu apabila bapa yang amat disayangi maut ketika mengambil saya pulang dari matrikulasi di Kedah," kata anak kepada mangsa kemalangan, Nurul Isma, Ismail, 19.

Bapanya, Ismail Omar, 65 maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta rakannya akibat terlanggar pokok di Kilometer 50, Jalan Kota Bharu- Machang-Jeli kira-kira jam 12.30 tengah hari, Selasa lalu.

Nurul Isma berkata, semasa kejadian, dipandu rakan bapanya, Salahudin Salim, 50-an dipercayai cuba mengelak daripada sebuah kenderaan yang memotong keretanya lalu terlanggar pokok.

"Saya tidak sempat melihat kereta lain itu memotong kerana saya tertidur semasa perjalanan balik ke kampung, namun saya sempat tersedar dan melihat kereta yang saya dinaiki melanggar pokok secara tiba-tiba.

"Arwah Abah duduk di sebelah pemandu, dia juga tidur ketika kejadian dan selepas kemalangan, saya sebak mendengar dengus nafasnya yang kuat, cakapnya meracau-racau dan hidungnya dipenuhi darah," katanya kepada Sinar Harian, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, semalam.

Beliau berkata, sebaik sahaja kemalangan, arwah dibawa ke HUSM dan disahkan meninggal dunia di Wad 2 Intan kira-kira jam 3 pagi semalam akibat mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

Dalam kejadian berkenaan, kereta tersebut membawa empat penumpang termasuk arwah, rakan bapa (pemandu), Nurul Isma dan adik bongsunya, Azrul Hisham, 15, namun penumpang lain termasuk pemandu hanya mengalami kecederaan ringan.

Kata Nurul Isma, arwah bapanya tidak sempat melihat impian untuk melihat anaknya (Nurul Isma) menyambung pengajian ke peringkat tinggi dan menjadi seorang peguam kelak.

"Rasanya beliau (arwah) orang paling bangga apabila saya layak menyambung pengajian dalam bidang Asasi Undang-undang, beliau teruja untuk menjemput saya sebaik sahaja tamat matrikulasi," katanya yang pernah belajar di Matrikulasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah.

Menurutnya, semasa dalam perjalanan dari Kedah ke Kelantan, bapanya kelihatan sangat gembira, malahan banyak kali mempelawa kedua-dua anaknya supaya menambah nasi semasa singgah makan.

Sementara itu, isteri mangsa, Che Esah Che Mat, 59, berkata, arwah suaminya ada menunjukkan perubahan termasuk tidak membenarkan isterinya ikut serta mengambil anaknya di Kedah.

"Arwah tidak benarkan saya pergi, dia kata cukuplah dia sahaja yang pergi untuk mengambil Nurul Isma yang baru sahaja habis belajar di matrikulasi.

"Saya rasa pelik dan tertanya-tanya mengapa saya tidak boleh ikut sekali, tetapi saya tidak mahu pertikai, lagipun masih ada dua anak (darjah lima dan tiga) yang bersekolah," katanya.

Isterinya berkata, semasa meraikan hari raya baru-baru ini, arwah teruja membeli minyak tanah dan memasang pelita di sekeliling rumah.

"Biasanya, pada hari raya sebelum ini, dia membenarkan anak-anak memasang pelita, tetapi raya kali ini, dia yang beli minyak tanah dan memasang pelita itu," katanya.

Arwah yang berasal dari Kampung Air Belaga, Machang adalah penoreh getah pada tanah pajak dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banggol Judah, Machang selepas solat Asar, semalam.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved