Khamis, 15 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dadah dalam kereta

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

Dadah dalam kereta KUALA TERENGGANU - Bahana penangan dadah, sepasang suami isteri mungkin berdepan dengan hukuman penjara dan sebat jika disabit kesalahan atas tuduhan memiliki heroin seberat 10.03 gram, setelah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, semalam.

Difahamkan, pasangan Sunaidi Ismail, 33, dari Rantau Panjang, Kelantan dan isterinya, Nuur Muhaimi Yahya, 25, dari Kampung Raja, Besut itu juga sangat dikehendaki polis kerana disyaki terbabit dalam satu kes jenayah lain iaitu kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak angkat mereka, Nor Syazwina Alia, 2, pada September 2008 di Kemaman.

Terdahulu, kedua-dua pasangan itu kelihatan tenang sewaktu dibawa masuk ke kamar pertuduhan dan mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua mereka didakwa ada dalam kawalan mereka, dadah berbahaya iaitu heroin seberat 9.49 gram di dalam sebuah kereta Proton Waja berwarna perak di hadapan Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu kira-kira jam 1.30 pagi pada 17 April lalu.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Semakan 1980) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) ADB 1952 akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau penjara seumur hidup dan diwajibkan hukuman rotan tidak kurang 10 kali.

Bagi pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa ada dalam kawalan mereka, dadah berbahaya iaitu heroin seberat 0.54 gram di dalam sebuah kereta Proton Waja berwarna perak di Kampung Durian Kassim, Ajil, Hulu Terengganu kira-kira jam 1 pagi, pada tarikh yang sama.

Dengan itu, mereka bersama-sama telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, setelah pertuduhan dibacakan, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Azman menetapkan 20 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula dan serahan dokumen. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sebelum ini, akhbar pada April lalu melaporkan mengenai kejayaan polis menangkap pasangan suami isteri itu dalam satu serbuan di Hulu Terengganu.

Penahanan mereka juga dipercayai dapat menyelesaikan kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak angkat mereka, Nor Syazwina Alia, 2, pada September 2008 di Kemaman.

Kedua-duanya disyaki mendera dan menyebabkan kematian budak itu kira-kira tiga tahun lalu selepas wanita berkenaan membawa mangsa yang didakwa lemas di dalam bekas air ke Hospital Kemaman dalam keadaan nazak.

Mangsa mengalami pendarahan dalam otak dan mata sebelah kiri, patah tulang lengan kiri dan retak tulang jari telunjuk kanan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved