Jumaat, 23 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dua lelaki jadi dalang

Posted: 22 Sep 2011 05:00 PM PDT

Dua lelaki jadi dalang IPOH – Kegiatan dua lelaki menggunakan cop dan tandatangan sokongan Menteri Besar Perak bagi melepaskan beberapa projek perusahaan yang membabitkan kuota Bumiputera berakhir apabila polis berjaya memberkas mereka di Ipoh dan Pulau Pinang sekitar September lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, pihaknya bertindak selepas mereka menerima dua laporan antara 2 hingga 11 Ogos lalu berhubung surat sokongan palsu menggunakan cop Menteri Besar daripada mangsa yang terpedaya akan helah suspek terbabit.

Menurutnya, menerusi hasil siasatan yang dijalankan mulai 13 September lalu, pihaknya dapat memberkas dua suspek lelaki berusia 45 dan 47 tahun.

"Salah seorang suspek adalah guru Penolong Kanan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

"Manakala suspek seorang lagi suspek yang berusia 47 tahun bekerja sebagai kontraktor," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak di sini, semalam.

Mohd Shukri berkata, ketika suspek ditangkap mereka turut menemui surat berkaitan permohonan perusahaan pembalakan dan permohonan pelepasan atau penjualan lot kuota Bumiputera dalam projek perumahan.

Katanya, dalam masa yang sama polis turut merampas tiga cop yang berkaitan dengan urusan rasmi Pejabat Menteri Besar serta beberapa dokumen yang berkaitan dengan permohonan projek perusahaan di Perak.

"Cop yang digunakan adalah tulen dan dipercayai dicuri dari Pejabat Menteri Besar, bagaimanapun kehilangan cop terbabit masih belum dilaporkan kepada polis.

"Setakat ini, siasatan awal mendapati kerugian membabitkan RM40,000 dan berkemungkinan jumlahnya lebih daripada itu," katanya.

Beliau berkata, menerusi penahanan dua suspek terbabit, polis dijangka dapat menyelesaikan 12 kes yang berlaku sejak awal tahun ini.

"Kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau sudah ditahan reman di Ipoh dan sudah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Kuala Lumpur untuk menjalani tahanan reman yang berakhir hari ini," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Shukri meminta supaya orang ramai tidak terpedaya jika ditawarkan sedemikian bagi mengelakkan mereka daripada menanggung kerugian," katanya.

Sebelum ini Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pernah mendedahkan kegiatan oleh kelompok tertentu yang menggunakan cop dan tandatangan sokongan Menteri Besar Perak bagi melepaskan projek perumahan yang membabitkan kuota bumiputera di Taiping.

Katanya, kegiatan kelompok itu disedari setelah salah seorang pemaju perumahan yang menjadi mangsa datang berjumpa beliau pada sesi bertemu pelanggan baru-baru ini.

Menurutnya pemaju terbabit telah membayar puluhan ribu ringgit selepas mempercayai kelompok terbabit dapat membantunya melepaskan 36 unit daripada 54 unit rumah teres untuk kuota Bumiputera di Taiping.

Menurut pemaju itu kelompok berkenaan mengaku mereka merupakan perantara Menteri Besar bagi urusan projek perumahan.

Zambry memaklumkan kejadian itu kepada polis untuk tindakan lanjut.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved