Khamis, 29 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Johor destinasi pelaburan terpenting: MB

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

Johor destinasi pelaburan terpenting: MB JOHOR BAHRU - Johor kekal menjadi salah sebuah destinasi pelaburan terpenting di negara ini meskipun pelbagai tohmahan tidak berasas dilemparkan ke atasnya, kata Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau berkata, sejak beberapa tahun lalu, sejumlah besar pelaburan bernilai jutaan ringgit telah berjaya diperoleh dan ada di antara projek pembangunan itu sedang rancak dibangunkan.

"Johor kekal sebagai salah satu lokasi tumpuan pelabur asing. Malah ada juga orang dari Pulau Pinang datang ke sini untuk menjalankan perniagaan dan bekerja.

"Kita (Johor) tidak perlukan persaingan tidak sihat seperti ini," katanya ketika diminta mengulas dakwaan mengenai temu bual Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan media asing di Singapura baru-baru ini, yang mengatakan rakyat negara itu berkemungkinan diculik sekiranya berurusan di Johor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, semalam.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan disaksikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga merupakan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia.

Pada majlis berasingan kelmarin, Abdul Ghani turut meminta rakyat Malaysia untuk menilai sendiri kepimpinan Guan Eng.

Katanya, tindakan yang dilakukan itu tidak mengganggu atau mengejutkan dirinya kerana Johor masih menerima banyak kemasukan pelabur.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved