Rabu, 28 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dua lelaki licik ditahan

Posted: 27 Sep 2011 05:00 PM PDT

Dua lelaki licik ditahan JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan geng curi motosikal berkuasa tinggi berikutan penahanan dua ahli kumpulan berkenaan dalam serbuan di jalankan di sebuah bengkel Sentul, Kuala Lumpur pada 15 September lalu.

Dalam serbuan pada jam 11 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) menahan suspek lelaki warga tempatan berusia 25 dan 27 tahun.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kejayaan itu juga adalah hasil maklumat diterima serta risikan dijalankan pihaknya sejak beberapa minggu lalu dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Menurutnya,pihaknya percaya dapat menyelesaikan 28 kes curi motosikal di kawasan sekitar.

"Kumpulan ini dikesan mula aktif sejak 2009 lagi dan sekian lama memburu, mereka akhirnya berjaya diberkas. Kita percaya ramai lagi ahli sindiket akan dicekup dalam masa terdekat.

"Kita akan mencari saki baki penjenayah yang masih lagi bebas untuk memastikan kegiatan serta rangkaian sindiket berkenaan ini lumpuh sepenuhnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Antara motosikal ditemui adalah jenis Honda CB 400 (5), Yahama R1(2) serta masing-masing satu unit motosikal Honda CBR 900 RR, Aprilia dan Suzuki GSX R.

Turut dirampas adalah 10 unit motosikal berkuasa tinggi dipercayai untuk diubahsuai dan menunggu masa dijual kepada pembeli berminat.

Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau, mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved