Jumaat, 30 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kanak-kanak derita sakit Prune Belly Syndrome

Posted: 29 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kanak-kanak derita sakit Prune Belly Syndrome KUANTAN - Dilahirkan dengan keadaan perut tidak berotot, Mohd Zikri Che Ngah, 8, melalui zaman kanak-kanak tidak seperti rakan seusia yang lain.

Penyakit Prune Belly Syndrome (sindrom perut kerut) yang dihidapinya sejak lahir menyebabkan keadaan perutnya membuncit dan lembik (tiada otot).

Malah kanak-kanak ini juga mempunyai masalah pendengaran dan tidak boleh bercakap selain turut mengalami penyakit buah pinggang membengkak.

Selain itu, penyakit itu turut memberi kesan kepada alat kelaminnya dan memerlukan pembedahan dilakukan.

Ibunya, Rohana Abdul Rashid, 42, berkata, anak bongsu dari empat adik-beradik itu terpaksa menjalani rawatan sebanyak dua kali sebulan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Menurutnya, dalam rawatan tersebut, darah Mohd Zikri akan diambil untuk tujuan pemeriksaan berkala untuk melihat keadaan buah pinggangnya.

"Setiap malam dia perlu mengambil antibiotik untuk mengelak jangkitan kuman pada pundi kencing.

"Buat masa sekarang, saya sedang menunggu pengesahan daripada Hospital Kuala Lumpur mengenai tarikh pembedahan untuk alat kelamin dia," katanya ketika ditemui pada Jamuan Hari Raya anjuran Umno Cawangan Bandar Kuantan Timur di sini.

Rohana berkata, Mohd Zikri yang juga murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Kempadang (Kelas Pendidikan Khas) itu pernah menjalani pembedahan alat kelamin ketika usia sembilan bagaimana pun tidak dapat pulih sepenuhnya sehingga memerlukan pembedahan kali kedua.

"Mengenai keadaan perutnya, doktor merancang untuk melakukan pembedahan untuk mengecilkan perutnya ketika dia berusia 13 hingga 14 tahun.

"Buat masa sekarang, kami terpaksa reda dengan keadaan Mohd Zikri selain berusaha untuk mengubatinya," katanya yang tinggal di Kampung Tanjung Api, di sini.

Rohana berkata, bagai jatuh ditimpa tangga, suaminya, Che Ngah Abdullah,48, yang bekerja sebagai pemandu bas sekolah pula ditimpa malang.

Katanya, keadaan suaminya semakin teruk selepas mengalami kemalangan apabila luka akibat pembedahan memasuki besi di kaki kanan bernanah.

"Sekarang dia tidak dapat bekerja malah saya terpaksa berpuasa dan beraya di hospital kerana menjaganya.

"Biar pun dugaan ini saya berat untuk ditanggung tetapi saya tetap bersabar dan berharap keadaan anak dan suami akan pulih," katanya.

» selanjutnya..

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved