Isnin, 26 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Majikan perlu peka

Posted: 25 Sep 2011 05:00 PM PDT

Majikan perlu peka JOHOR BAHRU – Sesetengah majikan yang mahu menjimatkan kos dengan menempatkan kumpulan pekerja asing di kawasan flet berbanding di asrama didakwa menimbulkan gangguan selain menjejaskan keselesaan di kalangan penduduk tempatan.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kehadiran kumpulan pekerja itu turut didakwa mewujudkan pelbagai masalah yang tidak diingini apabila berlakunya masalah sosial.

Menurutnya, permasalahan tersebut turut menjejaskan keselesaan penduduk apabila segelintir pekerja asing yang bekerja di kilang dilihat tinggal bersama tanpa mengira jantina dan situasi ini pastinya meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat setempat.

"Flet seumpama ini bukan kawasan yang sesuai bagi mereka kerana sepatutnya majikan menyediakan asrama pekerja di lokasi tertentu dan tidak menyewakan unit flet semata-mata untuk mengurangkan kos pada setiap bulan.

"Bukan itu sahaja, mereka juga didapati tidak mempedulikan nasihat jawatankuasa penduduk kawasan termasuk dari segi soal penjagaan kebersihan kawasan flet," katanya ketika hadir di Majlis Pelancaran Program Denggi Mukim Tebrau di Blok 25, Taman Cempaka, di sini semalam.

Nur Jazlan berkata, permasalahan sama turut dihadapi jawatankuasa penduduk di sekitar Flet Taman Cempaka di sini, yang mana difahamkan, kira-kira 1,000 pekerja asing menghuni di situ.

"Kami menasihatkan majikan kumpulan pekerja asing memandang serius perkara ini selain menyediakan asrama pekerja bagi mengatasi permasalahan yang timbul agar isu ini tidak berlanjutan serta mendatangkan kesan negatif pada masa hadapan," katanya.

Turut hadir menyempurnakan majlis perasmian, Pegawai Daerah Johor Bahru, Mislan Karmani dan Ketua Kampung Kempas, Mukim Tebrau, Salim Daud.

Sementara itu, Mislan berkata, selain kumpulan pekerja asing, penduduk juga seharusnya mengutamakan soal kebersihan dan cara mencegah wabak denggi menular di kawasan kediaman mereka.

Menurutnya, misalnya, kegiatan pencegahan wabak itu termasuk gotong-royong membersihkan kawasan sekitar seharusnya diadakan dengan lebih kerap.

"Saya juga menasihatkan agar jawatankuasa berkaitan supaya memikirkan idea bagi menceriakan kawasan di sekitar flet ini dan berharap dapat melihat perubahan baik ketika meninjau kawasan ini pada masa depan," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved