Ahad, 25 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

"Cepat tolong ayah, panas!"

Posted: 24 Sep 2011 05:00 PM PDT

"Cepat tolong ayah, panas!" BATU PAHAT- "Buka pintu ini Boboi, cepat tolong ayah, panas!"

Demikian kata-kata terakhir seorang ayah, Hasan Dg Patangga, 68, kepada anak bongsunya, Ahmad Borhan, 15, sebelum mangsa ditemui rentung dalam rumahnya dalam satu kebakaran di Kampung Parit Jabar Laut, Senggarang di sini pada awal pagi semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 pagi semalam itu, mengakibatkan mangsa yang bekerja mengambil upah di kebun kelapa sawit maut apabila rumahnya hangus dijilat api.

Ketika kejadian, mangsa dan isteri, Rohana Md. Amin, 53, dan anak bongsunya berada di rumah.

:Bagaimanapun, isteri yang mengalami penyakit angin ahmar di sebahagian tubuh dan anak bongsu mereka berjaya menyelamatkan diri.

Manakala dua lagi anaknya Norashima, 20, penuntut Kolej Teknikal Yayasan Melaka dan Nor Ummi, 17, pelajar Sekolah Menengah Vokasional Inderapura, Kulaijaya, Johor, berada di tempat mereka belajar.

Ahmad Borhan berkata, dia dan ayahnya cuba menyiramkan air ke arah soket elektrik di bilik salah seorang kakaknya yang terbakar tetapi tindakan itu tidak berhasil menyebabkan mereka sekeluarga lari keluar dari rumah.

Bagaimanapun katanya, ayahnya masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil dokumen penting dan berjaya keluar dengan selamat.

"Namun, arwah masuk sekali lagi mungkin untuk ambil barang berharga atau duit. Kali ini, arwah tidak keluar-keluar lagi.

"Saya cuma dengar arwah menjerit meminta tolong agar saya membuka pintu. Dalam keadaan cemas, saya menerajang pintu itu tetapi semuanya sudah terlambat kerana api sudah marak," katanya yang bakal menduduki Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR).

Sementara itu, Rohana berkata, pada mulanya letupan kuat yang didengarnya disangkakan bunyi mercun tetapi setelah nampak api dan asap marak di dalam rumah, dia mula panik dan cepat-cepat mengejutkan suami dan anaknya yang tidur di bilik lain.

"Pada malam itu, arwah kelihatan gelisah berbanding kebiasaan dan katanya, dia hendak tidur di bilik lain kerana cuaca panas.

"Dia masuk tidur awal sedangkan saya masih menonton televisyen sehingga tengah malam," katanya.

Kebakaran tersebut berjaya dikawal daripada merebak ke rumah bersebelahan dalam tempoh 15 minit dan api dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh sejam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad mengesahkan kejadian itu manakala Ketua Balai Bomba Rengit, Akob Sidik menyatakan punca kejadian masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi turut melawat dan menyampaikan bantuan kepada keluarga Rohana.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved